
SELEPAS 36 jam me.na.han sa.kit aki.bat kontraksi, akhirnya isteri kepada pemain gitar kumpulan Floor88, Amir iaitu Zarith Shawara selamat bersalin anak sulung mereka.
Menurut Amir atau nama sebenar Amirul Affeq, 30, isterinya itu melahirkan bayi lelaki secara pem.be.da.han di Hos.pi.tal Selayang, Selangor kira-kira pukul 9 malam, Selasa. “Alhamdulillah selepas me.na.han sa.kit sejak Isnin akhirnya isteri selamat lahirkan anak sulung kami. Bayangkan 36 jam dia me.na.han sa.kit nak bersalin tapi masih belum ada jalan untuk baby keluar, akhirnya dok.tor men.gambil keputusan untuk melakukan pem.be.dahan. “Demi keselamatan isteri dan anak, kami bersetuju pem.b.eda.han dilakukan. Memang se.dih sangat sebab tak dapat nak teman isteri sa.kit seorang diri dalam bilik ber.sa.lin. Sepanjang tempoh menunggu itu, saya hanya setakat dapat buat video call dan jumpa lima minit sebelum pem.be.da.han. “Isteri pun tak sihat sebab beberapa hari sebelum masuk hos.pi.tal, dia di.serang demam campak atau chicken pox. Tapi Alhamdulillah lepas makan ubat sekarang ini keadaan dia semakin baik cuma belum boleh sentuh baby lagi, saya pun petang ini baru dapat jumpa baby,” katanya kepada mStar.
Nama dah ada… kami dah senaraikan beberapa nama tapi tunggu isteri dah sihat nanti kita bincang semula! AMIR AHLI KUMPULAN FLOOR88Ditanya mengenai nama anak lelakinya itu, Amir berkata dia dan isteri sudah mempunyai beberapa pilihan nama. Amir bagaimanapun masih belum memutuskan nama yang akan digunakan untuk bayi berkenaan.
