“Abe joe left dlu..”- Fizo Kluar Kelab Duda Trlajak Konar?. Skali Sharnaaz Umum Berita Mngejutkan!

Sejak semalam, nama pelakon Fizo Omar menjadi bualan hangat netizen dalam media sosial selepas tular foto pernikahan dengan isterinya, Fazeera Nazri Azrai. Gembira dengan berita tersebut, aktor, Sharnaaz Ahmad, 36, pula melantik dirinya menjadi presiden bagi sebuah kelab duda dalam kalangan beberapa selebriti tanah air. “Dengan ini, aku sebagai timbalan persatuan duda Malaysia, menggalas tugas sebagai pre.siden secara automatik dengan cakna dan yakin. “Aku janji pada tuan dan puan, saya akan bahagi kasih seadilnya! Presiden Duda-Duda Terlajak Konar Semalaya,” guraunya dalam ruangan komen hantaran Fizo hari ini. Gu.rauan tersebut seterusnya disambut Nazim dengan memperkenalkan wajah Ahli Jawatankuasa Tertinggi KDTK iaiu Sharnaaz. “Mempersembahkan Ahli Jawatankuasa Tertinggi KDTK (ulang siar hantaran Sharnaaz),” seloroh pelakon drama Takdir Yang Tertulis berkenaan. Semalam, Fizo atau nama lengkapnya Wan Hafizol Wan Omar, 36, memuat naik sekeping foto memakai baju Melayu putih dalam Instagramnya. “Ok Abe Joe (panggilannya) keluar group ‘terpakai’ dulu,” tulisnya sambil memetik tiga nama kenalan artis iaitu Nazim, Sharnaaz dan Azlee. Hari ini, pengurusnya, Mimi mengesahkan Fizo selamat bergelar suami kepada gadis Fazeera dalam satu majlis akad nikah yang dijalankan secara tertutup di sebuah masjid di Janda Baik, Pahang sekitar pukul 10 pagi semalam. Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ Sumber: K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published.