Filem Pers1latan ‘Syahadan’ Dit0lak Untuk Tayangan Di Stesen TV Berbayar Jadi Bualan Netizen, “rata-rata netizen berasa kec3wa”

  1. Sebelum ini, filemnya kur4ng berkualiti sehingga membuat lap0ran SKMM. Berbeza pula dengan berita yang tular baru-baru ini apabila filem yang did4kwa berkualiti tidak dibenarkan tayangannya di sebuah stesen tv berbayar.

Hal ini disuarakan oleh mereka yang terlibat dalam pembikinan filem Syahadan itu sendiri. Menerusi perkongsian tersebut, filem terbabit dikatakan dit0lak untuk penayangan di stesen tv berbayar kerana diklasifikasikan sebagai 18SG dan tidak sesvai untuk ditayangkan.

Lantaran itu, isu tersebut telah mendapat perhatian ramai terutama sekali penggemar filem tempatan yang sudah lama menantikan karya berkualiti. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa kec3wa kerana tidak dapat menyaksikan filem tersebut ditayangkan sedangkan sudah lama menantikan ia.

Mana tidaknya, filem aksi tersebut turut dibintangi oleh pesilat negara, Muhammad Al-Jufferi Jamari yang pernah memenangi kejuaraan dunia sebanyak tiga kali. Malah, para netizen turut memberikan cadangan agar filem ini cuba nasib agar boleh ditayangkan di Netflix.

Untuk pengetahuan anda, filem ini mengetengahkan aspek budaya pengamal ilmu silat yang merangkumi falsafah hidup, adab, adat, aksi tempur, permainan senjata dan juga latihan berkaitan Silat. Filem ini mengisahkan tentang seorang remaja bernama Omar yang hidup tanpa matlamat yang sebenar.

Lalu, ayahnya terpaksa menghantar Omar ke kampung untuk dibaiki akhlaknya menjadi insan yang berguna kepada masyarakat melalui kaedah persilatan. Maka bermulalah pelbagai cabaran yang ditempuh oleh Omar mempelajari ilmu Silat dan berdepan dengan kumpulan penjahat. Adakah anda mahu menonton filem penuh aksi ini jika ia ditayangkan?

Sumber : thevocket

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *