Atlet Paralimpik Cipta Sejarah, Pencapaian Terbaik Kontijen Negara!, Buat Ramai Kagum.

Kontinjen Sukan Paralimpik Tokyo 2020 negara mencapai sasaran tiga pingat emas. Ini sekaligus menjadikan pencapaian paralimpik sebagai satu pencapaian terbaik negaraa walaupun persiapan atlet sedikit terg4nggu susulan pandem1k c0v1d-19 di seluruh dunia.

Jaguh powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin berjaya memenangi pingat emas pertama negara pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 menerusi acara powerlifting kategori bawah 72 kilogram (kg).

Lebih membanggakan lagi, Bonnie melakukan angkatan dengan bebanan seberat 228kg, sekali gus mencipta rekod baharu temasya sukan berprestij tersebut.

Manakala, Jong Yee Khie pula melakar kejutan apabila menampilkan aksi cemerlang untuk menyumbangkan pingat perak buat negara dalam acara lelaki 107kg.

Yee Khie beraksi dengan semangat luar biasa apabila berjaya mengangkat bebanan 237kg untuk meraih perak pada angkatan kedua, meskipun gagal melepasi angkatan pertama iaitu 230kg.

Atlet boccia negara, Chew Wei Lun hampir melakar kejvtan apabila memenangi pingat perak dalam acara campuran individu BC1 yang berlangsung di Pusat Gimnastik Ariake, Tokyo.

Chew Wei Lun juga turun menentang pemain No.1 dunia dari Britain, Adam Smith. Penentangan ini langsung tidak menggusarkan Wei Lun apabila memberi tentangan sengit sebelum tewas 2-4 (2-0, 0-1, 0-1, 0-2).

Bintang badminton para negara, Cheah Liek Hou mampu memahat sejarah baharu pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 apabila muncul pemenang pingat emas sulung acara badminton perseorangan lelaki kategori SU5 di Gimnasium Nasional Yoyogi, Tokyo.

Liek Hou beraksi cemerlang apabila membenam cabaran seteru tradisi dari Indonesia, Dheva Anrimusthi dengan kemenangan 21-17, 21-15 dalam aksi selama 50 minit.

Manakala Permata Olahraga Kebangsaan, Abdul Latif Romly berjaya mempertahankan pingat emas pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020, sekali gus menghadiahkan kilauan emas ketiga buat Malaysia dan mencapai sasaran negara pada temasya tersebut.

Abdul Latif memenangi emas itu dalam acara lompat jauh lelaki T20 (kecacatan intelektual) menerusi lompatan sejauh 7.45m pada percubaan kedua di Stadium Olimpik Tokyo.

Apa-apa pun tahniah buat semua atlet-atlet negara yang telah mengharumkan nama negara. Anda semua hero buat Malaysia!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *