15 Tahun Dah Kahwin, Suhaimi Saad Sentiasa Angau Dengan Ina Naim

Sebut saja nama penyanyi Suhaimi Saad pasti ramai tahu bahawa bekas anggota kumpulan nasyid In Team itu sering mencetuskan kontr0versi kerana pendirian ant1 vaks1n.

Bagaimanapun, baru-baru ini perkongsiannya di Facebook memuji dan menghargai isterinya, Ina Naim. Menurut Suhaimi Ina mempunyai banyak kelebihan antaranya setia, penyabar dan cantik.

Kata Suhaimi lagi, isterinya itu tetap cantik walaupun sedang mar4h, mempunyai kesabaran tinggi dan seorang yang sangat setia.

Sudah 15 tahun berkahwin, Suhaimi berkata hubungan mereka suami isteri masih romantis di dalam dan luar rumah serta sentiasa solat berjemaah.

Perkongsian Suhaimi Saad itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mendoakan agar rumah tangga pasangan itu kekal bahagia. Untungnya Ina dapat suami yang sentiasa menghargai dan memuji pasangan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Rotikaya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *