Baru je Tυlɑr Ikan Siakap Kayɑngan Langkawi?. kali Ni Wanita Pυla Bεngɑng Selepas Dicaj RM1,738.70

SELEPAS kecoh dengan kisah seorang lelaki menularkan bil yang dikenakan kepadanya ketika menjamu selera di sebuah restoran di Langkawi, terbaharu tampil pula seorang wanita meluahkan rasa be.rang setelah bil hidangan di sebuah kedai lain di pulau itu turut mencecah RM 1,738.70. Menerusi satu hantaran di Facebook, pengguna bernama Niena ZM menceritakan pengalamannya ketika bercuti bersama keluarga di Pulau Langkawi, Kedah baru-baru ini. Niena berkata, kejadian berlaku pada Rabu (3 November) ketika sedang makan di restoran terapung selepas menaiki bot untuk melihat keindahan alam semula jadi di Kilim Geoforest Park. “Secara logiknya, pemilik kedai akan memberitahu berapa harga ikan berdasarkan saiznya per gram supaya pelanggan dapat membuat keputusan untuk membuat pesanan atau tidak. “Waktu kami nak order tu pun sepatutnya orang kedai boleh jelaskan dahulu berapa anggara harga makanan yang dipesan kalau betul berniaga secara telus. “Kedai tomyam di Kuala Lumpur pun bagitahu saiz makanan dan harga serta memberi cadangan yang sesuai untuk pelanggan,” katanya. Menurut wanita itu, dia memesan makanan untuk 10 dewasa dan 11 kanak-kanak. Dia men.dakwa pekerja di restoran itu hanya mengambil pesanan hidangan tanpa memberitahu harga sebenar dan restoran berkenaan juga tidak menunjukkan saiz ikan ketika dia membuat pesanan. “Kedai ada display harga segram, kami bukan argue ikan siakap tu RM160/kg. Kami mahu ketengahkan saiz ikan yang diberi itu adalah lebih besar sedikit daripada siakap biasa iaitu 5.2kg. “Bila sampai, kami pun terpinga-pinga ikan itu boleh dibahagikan hidangannya kepada tiga pinggan. Masa tu dah rasa tak sedap hati tengok saiz ekor sahaja dapat agak saiz ikan,” tulisnya dalam satu hantaran di Facebook pada Rabu. Niena juga menjelaskan bahawa mereka dikenakan caj 1kg masing-masing untuk udang dan sotong walaupun tidak memesan sebanyak itu. “Udang dan sotong dicaj dalam resit 1kg walaupun kami tak minta sebanyak itu dan dihidangkan di dalam dua pinggang yang tidak sampai sekilo pun (boleh tengok video),” tulisnya. Walaupun makanan laut yang dihidangkan oleh restoran itu segar, Niena berpendapat hidangan yang disediakan tidaklah sedap. Jelas Niena lagi, tujuannya membuat hantaran di Facebook adalah kerana mahu berkongsi pengalaman supaya orang lain tidak menjadi mangsa. “Kami terbayang kalau yang kena tu orang yang betul-betul tak mampu. Haih, macam mana lah kan. Wanita Ini Juga Muat Satu lagi Individu yg terkena.. “Untuk pemilik kedai yang bersubahat sekali me,ni,pu pengunjung tanpa rasa ber.salah, semoga dibalas seti.mpal di dunia sebanyak orang-orang yang anda ani.aya,” tulisnya lagi. Terdahulu, seorang pengguna Facebook Muhammad Faris Zulkarnain telah melahirkan rasa terkejut kerana dikenakan bil berjumlah RM1,196.80 untuk hidangan ikan siakap di sebuah restoran terapung di pulau legenda tersebut. – THE STAR Sumber: Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published.