“Brhijab atau tdak, bυkan..”- PU Syed Brsuɑra. Skali Ustz Abdullah Khairi Msuk Komen!

Baru-baru ini, penyanyi tersohor Malaysia, Dato’ Seri Siti Nurhaliza mengadakan majlis pelancaran produk baharu SimplySiti di Menara Kuala Lumpur.

Ramai yang memuji langkah bintang nombor satu negara yang juga pengasas produk kosmetik SimplySiti, apabila lebih terbuka memilih gadis tidak berhijab, Zahra Zura Aziza Zahanor, 20, sebagai duta SimplySiti.

Menurut Siti, Zahra bukan sahaja diberi tugas sebagai jurucakap SimplySiti tetapi perlu hadir ke pejabat dan belajar lebih mendalam mengenai produk dan perniagaan untuk menjadi seorang usahawan berjaya.

Namun begitu, keterbukaan Siti memilih gadis tidak bertudung mendapat reaksi kurang senang daripada sesetengah pihak. Antara yang menegur pemilihan itu adalah Pencetus Ummah (PU) Syed yang mengatakan hijab adalah perintah Allah kepada hamba-hambanya.

Tambah PU Syed lagi, perniagaan tidak akan mendatangkan keberkatan sekiranya tidak digabungkan dengan perintah dan larangan Allah.

Kapsyen Penuh Pu Syed:

“Assalamualaikum wbt..

Hijab adalah perintah Allah kpd hamba²Nya..

Sesuatu jenis pernigaan jika tak digabung jalinkan dgn perintah dan larangan Allah, maka ianya tidak akan mendatangkan keberkatan

Hak kita utk ambil siapa shj menjadi duta, atau wakil syarikat serta produk..namun di mana pula kita nak letakkan hak Allah dlm memilih wakil kpd produk perniagaan kita..?

Keterbukaan mesti dlm ruang ling.kup ha.lal dan ha.ram..dosa dan pahala..

Gambar² tidak me.nu.tup aur.at pasti akan meng.hiasi di da.da² iklan..dari duta yg dilantik, maka sudah pasti saham dosa dgn mended.ahkan au.rat itu juga akan turut dikongsi bersama..Tidak menutup aurat adalah dosa personal..namun ianya akan bertukar menjadi dosa publik jika ditayangkan kpd publik..

Ambe doakan perniagaan beliau terus cemerlang dlm masa yg sama menjaga batasan syarak utk menarik keberkatan dari Allah

Nabi pernah bersabda yg bermaksud

“Tidak akan berganjak kedua kaki anak Adam pada hari kiamat disisi tuhannya sehingga akan ditanya tentang lima perkara: tentang umurnya dalam apa ia gunakan, tentang masa mudanya dalam apa ia habiskan, tentang hartanya darimana ia peroleh dan dalam apa ia belanjakan, dan tentang apa yang ia amalkan dari yang ia ketahui (ilmu). Hadis riwayat Imam al Tirmidzi

Ingatan ini bukan shj utk beliau, tetapi buat diri ambe sendiri dan seluruh yg membacanya”

PU Syed

Komen Ustaz Abdullah Khairi:

Demikian lagi, PU Syed menegur, sifat keterbukaan mestilah dalam ruang lingkup halal dan haram juga dosa dan pahala. Hak individu untuk mengambil sesiapa sahaja menjadi duta produk, namun katanya dimana kita mahu letakkan hak Allah.

Selain itu, tidak menutup aurat itu adalah dosa peribadi, namun ianya akan bertukar menjadi dosa umum jika ditayangkan kepada khalayak ramai. Gambar tidak menutup aurat pasti akan menghiasi dada-dada iklan dan sudah pasti saham dosa dengan mendedahkan aurat itu juga akan turut dikongsi bersama.

Sempat juga berpesan, dia mendoakan perniagaan Siti agar terus cemerlang dalam masa yang sama menjaga batasan syarak untuk menarik keberkatan dari Allah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sumber: Instagram PU Sye, sinetronmalaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *