“Buang msa bo̞do̞h..” (Video) Cat Farish ‘So̞υnd’ Youtυber, Bεngᾰng Kna Prᾰnk Utk Co̞ntent.

SIKAP YouTuber dan penyanyi Zarol Zarif yang tidak serius ketika sesi rakaman di studio menimbulkan kema.rahan penyanyi rap Cat Farish.

Bertambah berang apabila Zarol menjadikan Cat atau nama sebenarnya Farish Ramli sebagai bahan ‘content’ untuk saluran YouTube miliknya.

“Saya ini bila bekerja memang serius dan tak suka main-main yang membuang masa. Bukanlah bermaksud tak boleh ber.gurau langsung waktu kerja.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh PPJHT (@catfarish)

“Ada masa kita bergu.rau dan main-main tapi bila waktu betul-betul kerja itu kenalah serius. Dia datang studio ikut masa yang dah ditetapkan itu dah bagus dah.

“Tapi bila nak mula buat rakaman itu, dia boleh pula nak create content prank saya untuk saluran YouTube dia tanpa pengetahuan saya.

“Sepatutnya bila dah masuk studio untuk bekerja bukan nak buang masa saya dengan content prank!” kata kepada mStar.

Bukan dia saja, tapi ada juga sesetengah YouTuber yang suka buat hal juga,

CAT FARISH

PENYANYI RAP

Cat menerusi siaran langsung di Instagram (IG Live) pada malam Isnin meluahkan rasa be.rang terhadap seorang YouTuber yang datang studio hanya untuk membuang masanya.

Tanpa menyebut nama individu tersebut, ahli kumpulan Ruffedge menasihati YouTuber yang juga penyanyi itu menghormati masa orang lain.

Dalam pada itu, Cat turut memberi nasihat kepada Zarol dan juga pendatang baharu yang ingin mengejar populariti tanpa memikirkan perasaan orang lain.

zarol2

Zarol yang juga seorang YouTuber diminta lebih serius jika ingin berada dalam industri seni.

“Bukan dia saja, tapi ada juga sesetengah YouTuber yang suka buat hal juga, Tak payah la nak tunjuk sangat kehebatan dia dekat YouTube tu.

“Nasihat saya untuk dia dan pendatang baharu ini, janganlah terlalu men.gejar sangat content untuk kepentingan sendiri sehingga tak sedar menggores hati orang.

“Buat sesuatu perkara yang sampai tak kisah tentang perasaan orang lain… macam per.bodoh.kan dan membuang masa orang,” ujarnya.

Sumber: Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *