“Diam-diam Mimi Lana naik pelamin..” Ramai Sangka & Trkejut Dir!sik Syafiq Kyle

TINDAKAN pelakon Mimi Lana memuat naik foto duduk di atas pelamin dengan tangan dihiasi inai mengundang ribuan komen serta ucapan tahniah daripada rakan selebriti yang menyangka dia sudah dirisik kekasihnya pelakon Syafiq Kyle.

Bimbang timbul salah faham berhubung perkongsiannya itu, Mimi atau nama sebenar Mimi Rozaiana Zainal Abidin tampil menjelaskan mengenai foto berkenaan.

Kata aktres berusia 25 tahun ini, gambar yang dikongsi itu bukanlah majlis perkahwinannya, sebaliknya hanya menghadiri hari bahagia saudara terdekat.

“Assalamualaikum, hai semua. Saya minta maaf berhubung gambar terbaharu, saya hanya meraikan sepupu kesayangan yang bernikah hari ini (Jumaat).

“Terima kasih semua kerana mendoakan yang baik-baik untuk saya,” katanya menerusi ruangan Instastory pada Jumaat.

mimi lana 3

Mimi menerima ucapan tahniah daripada pengikut.

Mimi sebelum itu berkongsi foto duduk di atas pelamin dan menunjukkan tangannya dihiasi inai seperti seorang pengantin baharu.

Gara-gara foto itu, rakan artis dan peminat menyerbu ruangan komen dengan meninggalkan ucapan tahniah.

Jangan risau, kalau ada berita gembira InsyaAllah pasti saya akan kongsikan dengan semua orang pada masa akan datang!

MIMI LANA

PELAKON

Malah ada juga yang mengakui ter.kejut dan tidak menyangka dalam diam-diam Mimi sudah melangkah ke fasa baharu kehidupan.

Antara rakan artis yang mengucapkan tahniah ialah Scha Alyahya, Nad Zainal, Nabila Huda, Tiz Zaqyah, Hun Haqeem, Eyka Farhana dan Nora Danish.

Dalam pada itu, pelakon filem Pusa.ka ini berjanji akan berkongsi mengenai hari bahagianya apabila tiba waktu.

mimi lana 1

Mimi janji kongsi berita gembira apabila tiba masanya.

“Jangan risau, kalau ada berita gembira InsyaAllah pasti saya akan kongsikan dengan semua orang pada masa akan datang. Love you!” katanya.

Sebelum ini, hubungan cinta pasangan itu pernah dikatakan putus pada Mei tahun lalu selepas lima tahun melayari bahtera cinta.

Biarpun tidak menyatakan secara rasmi kembali bercinta, namun menerusi beberapa perkongsian Mimi di Instagram beberapa bulan lalu bagaikan mengesahkan cinta bertaut semula.

Bagaimanapun, sehingga kini kedua-duanya masih mengunci mulut dan tidak terbuka bercerita mengenai perhubungan mereka.

Sumber:mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *