“Digelar Usahawan Selebriti..” Fazs Faozi Juara Pencarian Nona Superwoman 2021, Ini Hadiah Mngejutkan Ramai!

Kemuncak Pencarian Nona Superwoman pada Rabu lalu menyaksikan usahawan kosmetik, Fazs Faozi dinobatkan sebagai juara sulung program realiti itu.

Fazs Bawa Pulang RM50,000

Pada pentas akhir Pencarian Nona Superwoman  Fazs, atau nama sebenarnya, Norfazlina Mohd Faozi membawa pulang wang tunai RM50,000 dan trofi. Manakala tempat kedua dengan gelaran Most Inspiring pula dimenangi oleh usahawan Wow Sambel, Syu Ramli dengan membawa pulang RM10,000 dan trofi. Pemilik butik kek premium, Halwa.an, Ana Najia diangkat pada kedudukan ketiga dengan gelaran Most Favourite juga membawa pulang wang tunai RM10,000 dan trofi.

Ambil Peluang Kembangkan Jenama 

Ketika ditanya mengenai persediaan untuk bergelar sebagai seorang usahawan selebriti kelak, Fasz berkata dia melihat gelaran tersebut sebagai satu peluang untuk mempromosikan jenama dan produk dengan lebih besar.
” Saya anggap itu adalah peluang untuk saya kembangkan lagi jenama dan produk saya nanti memandangkan saya masuk ke program realiti ini pun seperti sudah selangkah masuk ke dalam industri hiburan. Jadi saya akan gunakan peluang itu sebaik mungkin dan memandangnya sebagai satu yang positif” kata Fasz kepada Murai.my
Acara finale  anjuran Majalah Nona  dan mendapat sokongan USANITA itu turut menjemput Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Yang Berhormat Datuk Seri Rina Mohd Harun sebagai tetamu khas selain para tetamu diserikan dengan  persembahan artis terkemuka Malaysia, Anuar Zain. Sebagai  info, daripada ratusan penyertaan, hanya 12 yang terpilih dan akhirnya lima finalis berjaya melangkah ke pusingan akhir. Program lapan episod yang bermula sejak 22 September lepas memberi peluang kepada usahawan B40 dan M40 yang terjejas pandemik untuk berkembang, menambah ilmu niaga dan merebut hadiah lumayan berjumlah RM70,000 keseluruhan. Lima finalis yang menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang musim ini iaitu Ana Najia, Ayu Omar, Fazs Faozi, Linda Roos dan Syu Ramli. Pencarian Nona Superwoman finale telah dikemudikan oleh pengacara jelita, Uyaina Arshad serta menyaksikan penampilan juri jemputan yang diundang khas untuk mengadili pusingan akhir iaitu Dato’ Fazley Yaakob dan Datuk Rosyam Nor bersama barisan juri tetap iaitu Awal Ashaari dan Datin Adzliana Prof Dato’ Sri Dr Hasan. Sumber: Muraimy

Leave a Reply

Your email address will not be published.