“Ya-Allah rindunya..” (Video) Selepas Puas Bercuti, Ebit Lew & Bidadari Tunai Umrah- ‘MasyaAllah bestnya’

Baru-baru ini, penceramah bebas, Ebit Lew meluangkan masa bercuti bersama keluarga ke luar negara. Antara negara yang dilawatinya adalah Switzerland, Perancis dan United Kingdom. Seronoknya! Terkini, Ebit Lew dan isteri dikhabarkan terbang ke Madinah pula untuk menunaikan umrah. Menerusi hantaran di media sosial, penceramah ini dilihat berada dalam kapal terbang memohon pengikut mendoakan perjalanan mereka. Sebaik sampai, pasangan ini berpeluang menziarahi makam Nabi Muhammad SAW. Kata penceramah ini lagi, perjalanan ini merupakan perjalanan cinta dan rindu mereka kepada Baginda SAW. Meninjau ke ruangan komen, orang ramai dilihat turut meluahkan rasa rindu dan berkeinginan untuk menunaikan umrah suatu hari nanti. Mereka berharap ada rezeki dijemput sebagai tetamu Allah SWT. Amin. Kredit: Instagram Ebit Lew Sumber: ohmedia

Leave a Reply

Your email address will not be published.