Gugurnya Air Mata Vida, Hasrat Nak Kahwin Tak Direstui Anak?,- “Doakan Cik B Lembutkan Hati”

Kisah percintaan jutawan kosmetik Datuk Seri Vida terus mencvri tumpuan ramai. Terbaru, Vida menerusi siaran langsung di Instagramnya semalam, memohon doa orang ramai supaya anaknya Cik B dilembutkan hati untuk menerima segala keputusan. “Cik B perlukan masa, you guys boleh tolong tak, minta tolong doa. “Doa saya ni ibu memang la insya-Allah makbul tapi nak makbul cepat supaya lembut hati Cik B dalam semua urusan. “Termasuklah menjadi anak yang soleh, hebat, rajin bisnes, cantik, kurus dan berdikari,” katanya.
Menerusi siaran langsung itu, Vida dilihat turut menitiskan air mata setiap kali berbicara mengenai Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin, 16. Malah, Vida yang kelihatan seb4k telah beberapa kali cuba ditenangkan oleh pembantunya. Sementara itu menerusi ruang komen, rata-ratanya setuju sekiranya Vida memberikan masa dan ruang kepada Cik B untuk berfikir. Pun begitu, ada juga yang tidak bersetuju dengan perkahwinan berkenaan.   Terdahulu, Vida memaklumkan dia masih belum berani untuk memberitahu anak sulungnya itu tentang hasratnya untuk berkahwin dengan bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkefli. Justeru, Vida mahu khabar gembira itu diketahui Cik B menerusi laporan media, bukan dari mulutnya sendiri. Cik B kemudian memberi resp0n sarkastik di Twitter hingga mengundang pelbagai reaksi warganet yang terhibur dengan telatah anak beranak itu. Sekadar info, kisah Vida dan Iqbal mula menjadi sorotan ramai selepas pelantun lagu I Am Me itu membuat ujian kesubvran dan menyatakan hasratnya untuk memiliki zuriat. Hal itu disambut baik oleh Iqbal yang sudah lama menaruh hati dan harapan kepada usahawan kelahiran Kelantan itu. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sumber : Gempak  

Leave a Reply

Your email address will not be published.