“Jadi artis sahaja tak boleh cakap benda sal4h..” terima je lah apa krit1kan orang, -Janna Nick

PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi terkenal, Janna Nick tampil menyelar semula komen seorang individu yang mendakwa dirinya mempunyai penyakit mental menerusi komen di entri Instagram miliknya.

Menerusi Instastory, Janna memuat naik satu tangkap layar yang memaparkan komen salah seorang pengguna Instagram itu mengenai hal tersebut sekaligus tampil memberi reaksi.

“Kenyataan sekarang, jadi artis sahaja tidak boleh cakap perkara yang sal4h. Jadi netizen semua perkara lah boleh cakap lah.

“Semua perkaralah boleh ulas. Kita ini tidak perlu ada perasaan. Yelah, dah jadi pempeng4ruh kan, terima sahajalah apa krit1kan orang’,” tulisnya di Instastory.

Menerusi Instastory yang berbeza, pelakon drama Marry Me Senorita itu juga menerima beberapa pendapat dari pengikutnya menerusi sesi soal jawab mengenai kesedaran rakyat Malaysia yang masih kurang mengenai kesihatan ment4l.

Sehubungan itu, Janna turut memberikan reaksi terhadap soalan diterimanya itu.

“Sebab itu aku beritahu kepada umum, aku ini ada Bipolar. Bukan sebab nak perhatian kamu semua, tetapi sebab ingin memberitahu.

“Orang yang nampak gembira dan gelak-gelak pun boleh ada peny4kit ment4l. Bukan orang pakai baju compang camping sahaja ment4l.

“Peny4kit ment4l tidak semestinya ‘gil4’,” jelasnya di Instastory.

Terdahulu, Janna pernah berkongsi dirinya mengalami masalah gangguan Bipolar yang dihadapi serta sekaligus berkongsi tahap kesihatannya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Utusan via ig Janna Nick

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *