“Jangka brtahan 50-50 , tpi..” Perut Ibu 30kg Ketika Ham!l, Kemb4r 9 Pec4h Rekod Dunia.

TENTUNYA kegembiraan berganda dirasai pasangan ini apabila dikurniakan cahaya mata kembar. Bukan dua atau tiga, tetapi sembilan sekali gus!

“Melahirkan seorang anak sudah cukup sukar. Inikan pula sembilan anak, tidak dapat dibayangkan,’ kata Halima, ibu kepada bayi kembar sembilan yang me.mecah rekod dunia sebagai kembar paling ramai.

Setelah mela.hirkan Mei lalu di sebuah di Casablanca, Morocco, Halima Cisse, 26, dan bayi-bayinya akhirnya dibenarkan pulang.

“Sungguh mengagumkan jumlah kakitangan yang terlibat dalam menjaga mereka. Saya berterima kasih kepada pasukan perubatan yang bekerja keras dan kerajaan Mali kerana membiayai kelahiran ini,” kata isteri kepada tentera laut, Abdelkader Arby, 35.

Daripada sembilan kembar, empat adalah lelaki dinamakan Oumar, Elhadji, Bah dan Mohammed VI.

Manakala lima daripadanya adalah perempuan diberi nama Adama, Oumou, Hawa, Kadidia dan Fatouma.

Kembar luar biasa ini pada awalnya dijangkakan mampu bertahan 50-50.

Bagaimanapun, semuanya kuat semangat, berjaya melepasi tempoh su.kar dan kri.tikal hingga bebas inkubator sejak Ogos lalu.

Susulan itu, bayi-bayi berkenaan berpindah ke sebuah pangsapuri berdekatan hospital bagi memudahkan dipantau kakitangan perubatan.

       Memiliki bayi yang ramai, Cisse terpaksa menggunakan 100 keping lampin pakai buang dan menyediakan enam liter susu sehari.

Kandungan kembar sembilan menjadi perhatian dunia selepas Cisse hamil tanpa sebarang rawatan kesuburan. Pada awalnya dia dikatakan hamil kembar tujuh sahaja.

Berat perut Cisse juga dikatakan mencecah 30 kilogram, termasuk air ketuban.


Halima dan suami, Abdelkader

Bayi-bayi tersebut dilahirkan pada usia pra.matang melalui pembe.dahan caesarean. Cisse difahamkan berada diambang maut selepas ber.salin kerana kehi.langan banyak da.rah.

Lapor Daily Mail, bil hospital sahaja cecah RM5.71 juta yang mana sebahagiannya ditanggung kerajaan Mali.

Halima Cisse dan suami terdahulu memiliki anak sulung perempuan, Souda berusia dua tahun setengah.

Pasangan ini tinggal di kediaman mereka di Timbuktu, Mali yang mempunyai tiga bilik tidur.

Untuk itu, mereka merancang untuk membesarkan rumah bagi menampung keperluan anak seramai 10 orang.

Sebelum ini, rekod kelahiran bayi kembar paling ramai dipegang wanita bernama Nadya Suleman dari Amerika Syarikat.

Wanita tersebut melakukan rawatan kesuburan untuk hamil dan dikurniakan bayi kembar lapan pada 2009.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *