“Jgan Buat Bo̞do̞h..” Gara2 Rejεct Amerul Affendi Tanpa Bgi Tahu. Sekali Fauziah Nawi Tambil Bersuara!

Pelakon veteran, Fauziah Nawi tampil meluahkan rasa be.rang selepas pelakon ber.bakat besar, Amerul Affendi membuat pen.de.da.han bahawa wataknya telah ditukarkan dengan pelakon lain tanpa dimaklumkan terlebih dahulu.

Anggap Produksi Tersebut Bia.dab & Ku.rang Ajar

Menerusi posting di laman Facebook beliau, Fauziah menyifatkan si.kap yang diberikan oleh produksi tersebut sebagai biadab dan kurang ajar.

“Inilah sikap bia.dab sesetengah Production House sesetengah PM Production Malaysia. Kurang ajar.”-tegur Fauziah

“Nak Cakap Maaf Stesen Reject U Pun Susah Ke”-Fauziah Nawi

Tambahnya lagi, pihak yang terlibat sepatutnya tidak seharusnya membiarlan aktor tersebut menunggu dan dan perlu memaklumkan terlebih dahulu sekiranya ingin men.gu.gur.kan namanya.

“Kalau  aktor tu dah kena re.ject stesen kau bagitaulah jangan buat bo.doh kau biar dia tunggu.

Nak cakap maaf stesen reject u pun susah ke. U boleh ambik job lain. Memang bia.dap.”- katanya lagi

Nasib Pelakon & Krew Sebalik Tabir Akan Teraniaya 

Pelakon berusia 68 tahun ini turut memberitahu bahawa nasib pelakon dan mereka yang berada di sebalik tabir akan terbiar dan teraniaya selagi tiada Akta Pembelaan untuk insan yang bergelar anak seni.

“Nasib pelakon dan mereka yang di belakang tabir akan terus terbiar dan teraniaya selagi tak ada Akta Pembelaan dan tak ada Union  untuk membela insan seni  ini.”- katanya

Terdahulu, Murai MY melaporkan pendedahan Amerul yang mendedahkan bahawa wataknya telah ditukarkan dengan pelakon tanpa dimaklumkan terlebih dahulu. Selain itu, beliau turut ditertawakan oleh seorang pengurus produksi berikutan ingin ubah sejumlah besar syarat dalam kontrak.

Sumber: Muraimy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *