Jumpa Kuali Gerg4si Sedalam 3 Meter, Ramai Tertanya-Tanya Ini.

PENEMUAN 0bjek pel1k berbentuk kuali gerg4si di kawasan pedalaman di Kretek Jambidan, Jogjakarta, Indonesia baru-baru ini membuatkan penduduk setempat tertanya-tanya.

Apatah lagi, ia sesuatu benda yang belum pernah dilihat mereka sebelum ini dan men1mbulkan m1steri.

Ramai pula yang mend4kwa, kuali atau dipanggil wajan itu merupakan art1fak pen1nggalan tamadvn purba.

Tidak kurang juga yang mend4kwa, objek tersebut merupakan sebahagian alatan pam air yang digunakan pada zaman pemerintahan penj4jah terdahulu.

Lapor cnnindonesia.com, kuali gerg4si tersebut ditemui sekumpulan pekerja yang sedang membuat kerja menggali di kampung tersebut.

Semasa kerja menggali dibuat, jentera jengkaut dikatakan terkena sesuatu sebelum menemui objek tersebut pada kedalaman 3 meter.

Memang sekali pandang, objek itu seperti kuali yang digunakan sebagai perkakas untuk memasak oleh emak-emak di rumah, kan?

Pun begitu, ketua kampung tersebut, Riyan Hidayat ada penjelasan berbeza.

Beliau memaklumkan, objek berkenaan merupakan pen1nggalan art1fak zaman Belanda, jika merujuk kepada catatan sejarah yang disimpan.

“Kalau disemak, sebenarnya kampung ini tiada bukti wujvdnya kerajaan pvrba.

“Hanya tercatat pemerintahan penj4jah Belanda yang satu ketika dulu pernah membangunkan tanah sebagai ladang tebu,” beritahunya.

Cerita tersebut dikuatkan lagi dengan kenyataan pemilik tanah tersebut yang dikenali dengan nama Supardi.

Supardi berkata, sebelum ini pun kerajaan ada merancang untuk mengaktifkan semula sistem pam air untuk tujuan pengairan kawasan ladang.

“Namun difahamkan, rancangan itu tidak dapat diteruskan kerana air g4gal disalurkan ke semua kawasan.

“Jadi, mungkin pam air sebesar 2.75 meter itu terpaksa dikvburkan bersama kolam sedia ada,” katanya.

Bayangkan, sebaik sahaja objek itu dikeluarkan, ramai penduduk terkejut melihat saiz yang besar sehinggakan kawasan itu menjadi tumpuan ramai.

Bagaikan pesta, keterujaan penduduk yang datang bertali arus melihat kuali tersebut menyebabkan pihak berwajib terpaksa datang berkawal.

Bimbang katanya kuali itu dicvri orang atau beralih tempat. Aduhai sampai macam itu sekali ya.

Jika diselidik, rupa-rupanya kisah kuali gergasi juga pernah dipaparkan dalam media sosial selepas penemuan objek sama di Jawa Tengah pada tahun 2016.

Sumber : https://sinarplus.sinarharian.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *