Kini Janna Nick Mengacara Program Ilmiah, Selepas Tinggalkan Melodi.

Meskipun tidak lagi mengacarakan program Melodi, namun rezeki pelakon Janna Nick terus mencurah apabila mengendalikan program dokumentari terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM). Janna berkata dia kini sibuk dengan rakaman program ilmiah berjudul Banteras C0v1d-19. Diberi peluang mengendalikan program itu, Janna berkata dia banyak ilmu baru dipelajari.
 
View this post on Instagram
 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

“Empat tahun saya mengacara program hiburan, kali ini saya kena buat program yang lebih ilmiah, semestinya sangat mencabar tapi menyeronokkan. “Walaupun agak sukar kerana perlu menghafal banyak fakta tapi saya seronok sebab saya boleh belajar banyak ilmu baharu termasuklah mengenai isu semasa. Paling mencabar saya sebagai pengacara sendiri kena turun padang yang mungkin mended4hkan diri dengan virvs C0v1d-19,” katanya. Diberi peluang untuk mengacarakan program ilmiah, Janna berkata dalam masa sama dia dapat memperbaiki cara penyampaiannya serta memperbetulkan penggunaan bahasa. “Sejujurnya dua-dua program saya suka sebab ada perbezaan sendiri tapi program ilmiah dapat membantuu saya memperbetulkan penggunaan bahasa. “Saya dapat belajr jadi pengacara yang lebih baik, sepatutnya permulaan seseorang pengacara belajar menggunakan bahasa yang tepat dan betul adalah melalui program begini,” katanya. Anda boleh tonton program Banteras C0v1d-19 yang dihoskan oleh Janna setiap hari Ahad pukul 12 tengah hari di TV1. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sumber : Rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published.