“Kita jgn rsa kita lbih baik dri org lain..” Nana Mahazan Meluahkan rsa terharu dgn doa org rmai.

PETALING JAYA: Pengacara dan usahawan, Nana Mahazan menegaskan bahawa dia masih dirinya yang sama meskipun kini sudah berhijab.

Nana menerusi perkongsian Instagram secara live sebentar tadi menyifatkan keputusannya berhijab adalah satu proses ke arah kebaikan dan bukan untuk menjadi orang lain.

“Saya terharu dengan doa semua. Kadang, rasa tak layak menerima pujian diri ini cantik dan sebagainya. Ini adalah kurniaan yang maha esa.

“Tetapi saya mahu anda melihat saya sebagai Nana yang sama, yang hanya ingin menjadi lebih baik,” katanya.

Tambah Nana, dia bersyukur kerana diberi peluang oleh Allah SWT untuk melalui proses kehidupan kearah kepada kebaikan.

Jelasnya, itu adalah perjalanan hidup yang mungkin tidak perlu dihebohkan kepada umum.

“Kita semua ada pilihan sendiri. Ini pula proses saya dan saya bersyukur kerana tuhan telah beri peluang itu.

“Ia sebenarnya tidak perlu diceritakan. Ini perjalanan saya, memakai hijab.

“Saya tak tahu nak jelaskan. Bila lalui saat itu, rasanya terlalu manis,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Nana berharap agar masyarakat saling berbaik sangka dan tidak menghvkum orang lain atau penampilan mereka.

“Orang-orang mulvt pu4ka ini hanya akan membuatkan seseorang itu hilang keinginan untuk memakai hijab.

“Kita jangan rasa kita lebih baik daripada orang lain, jangan,” jelasnya panjang.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Utusan

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *