Pelawak terkenal
Zizan Razak menitipkan pesanan kepada umat Islam untuk menyimpan niat menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah terlebih dahulu sebaik sahaja sempadan negara dibuka.
Menurut Zizan, Mekah sepatutnya menjadi destinasi pilihan pertama berbanding lokasi lain jika ada kemampuan untuk ke luar negara.
“Jika pendem1k sudah selesa, tolong ada niat untuk pergi ke Mekah. Sangat indah pengalaman ketika menjejakkan kaki ke sana,” katanya.
Berkongsikan perkara itu menerusi IG Live bersama penyanyi Shiha Zikir, Zizan turut mencadangkan duit yang disimpan untuk melancong sebaiknya digunakan untuk menunaikan umrah.
“Bayangkan kita penat untuk simpan RM5,000 tetapi dapat saja duit, pergi Korea, Jepun atau Australia dulu.
“Tidak sal4h pun perkara itu namun kenapa kita mampu simpan duit sebanyak itu tetapi tidak ke rumah Allah dulu?” katanya.
Dalam pada itu, Zizan turut menasihatkan supaya tidak terlalu terpengaruh dengan kisah-kisah neg4tif sehingga belum bersedia lagi untuk ke Tanah Suci.
“Orang kita sering dimom0k-mom0kkan dengan cerita negatif pengalaman orang lain. Sebab itulah sebelum pergi solat taubat.
“Sentiasalah bersangka baik dengan Allah, pasti dia akan berikan yang terbaik untuk hamba-Nya,” katanya.
Sumber : Rotikaya