Tampil dengan gaya tersendiri di Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2021, penyanyi terkenal iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza atau turut dikenali sebagai Tokti hangat dibualkan sejak kelmarin.
Malah melihatkan video Tokti yang memaparkan penampilan dirinya itu sehinggakan masuk ruangan fyp di TikTok mengundang ramai begitu tertarik dengan apa yang digayakan oleh selebriti dan usahawan terkenal ini.
Sejak kelmarin juga, pengguna aplikasi TikTok ke,coh dengan harga jam tangan yang di.sarung oleh Tokti yang dikatakan berharga lebih RM1 Juta.
Agak mahal namun akui peminatnya bahawa tidak merasa hairan kerana dia mampu dan usaha Tokti selama bergelar seorang penyanyi juga bukan calang-calang.
Pun begitu, selepas harga jam tangan Tokti jadi bualan netizen dan ternyata satu jenama mewah beg tangan Tokti turut hangat dibualkan apabila harganya juga mencecah puluhan ribu ringgit.
VIDEO:
Netizen diruangan komen bagaimanapun turut mengutarakan rasa bangga melihat kejayaan Tokti sehingga dia hangat mendapat perhatian sekali gus menerima ribuan tanda suka ramai di hantaran video tersebut.
“Dia berkemampuan dan hasil usaha beliau sendiri…”
“Yang penting baju dia sopan, dah cukup bagi aku beg mahal dari siakap…”
“Tokti ni pakai barang-barang mahal pun dia tak pernah nak riak atau menunjuk…”