Mahkamah T0lak Sam4n Pengasas Produk,- “Tiada Pelanggaran Kontrak Oleh Fazura”

Mahk4mah Rayuan hari ini mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi men0lak sam4n oleh pemilik Maydan Trading terh4dap selebriti Fazura atau nama sebenar Nur Fazura Shariffudin dan Universal Music Sdn Bhd atas dakw4an mel4nggar k0ntrak.

Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Hanipah Farikullah, Datuk Azizah Nawawi dan Datuk See Mee Chun men0lak rayvan Narhamdan Abd Malek dan mengarahkan beliau membayar k0s RM10,000 kepada Nur Fazura.

Ketika dihubungi, peguam Fakhrul Azman Abu Hassan, mewakili Nur Fazura, mengesahkan keputusan mahkamah tersebut dan berkata mahkamah memutuskan bahawa tiada pelangg4ran k0ntrak oleh anak guamnya dan Universal Music.

Narhamdan mer4yu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 18 Jun tahun lalu yang men0lak sam4nnya terhadap pelakon dan penyanyi itu serta Universal Music yang mengurus Nur Fazura.

Narhamdan, yang memiliki dan menjual produk kesihatan iaitu ‘candy’ yang boleh dikunyah dikenali sebagai ‘Q Tab’ untuk kesihatan rambut, kulit dan kuku memfailkan sam4n pada 16 Dis 2017 dengan menamakan Nur Fazura, 38, dan Universal Music Sdn Bhd sebagai defend4n pertama dan kedua.

Mengikut terma perjanjian, Nur Fazura sepatutnya memasarkan produk tersebut dalam tempoh enam bulan melalui media sosial, khususnya Instagram milik pelakon itu.

Dalam sama4n tersebut, Narhamdan mend4kwa selebriti itu mel4nggar k0ntrak pada penghujung September 2017 apabila Nur Fazura melancar dan memasarkan produk kesihatan dan kecantikan berasingan iaitu ‘TRUDOLLY ‘TruBeauty’ ketika k0ntraknya masih berkuat kuasa.

Beliau mend4kwa pelancaran produk itu mewujudkan persaingan untuk produk ‘Q Tab’ manakala pemasaran produk itu telah diabaikan, menyebabkan beliau mengalami kervgian dari segi jualan.

Oleh itu, Narhamdan, antara lain, menuntut pembayaran balik RM156,000 daripada Nur Fazura dan Universal Music, ganti rugi RM141,755.61 kerana pelanggaran kontrak, faedah dan kos.

Fazura dalam penyataan pembelaan difailkan pada 29 Jan 2018 mend4kwa beliau tidak pernah memasuki apa-apa perjanjian dengan perayu.

Peguam Jefri Jaafar mewakili Narhamdan manakala Universal Music oleh Wilson Lim.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *