
“Medina memang seorang anak yang sangat cerdik dan menghiburkan. Sejak Medina kehilangan ayahnya pada 16 Januari lalu akibat serangan jantung, dia yang menjadi penyeri dan peneman hidup saya. “Saya sendiri tidak menyangka video itu akan menjadi tular dan sejak itu Medina selalu menerima kiriman hadiah daripada orang ramai,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Felda Raja Alias 4, dekat sini semalam. Tambah Noriha, Mediana memang menggemari aktiviti permainan solekan malah seorang lagi kanak-kanak di dalam video itu merupakan sepupu anaknya itu yang sering menjadi ‘mangsa’ solekan. “Kadangkala dia solek muka sendiri dan kadangkala dia solek muka sepupunya yang tinggal bersama kami. “Sekarang sedang PdPR, jadi selepas membuat kerja sekolah, tidak boleh nak keluar berjalan dan dia mengisi aktiviti masa lapang dengan membuat video dan bermain bersama sepupunya,” katanya lagi. Dalam pada itu, dia mengingatkan orang ramai terutama yang mempunyai anak kecil supaya sentiasa berhati-hati di musim wabak Covid-19. “Covid-19 tak mengenal usia apatah lagi kanak-kanak kecil, kalau boleh janganlah bawa mereka keluar. “Kita yang dewasa pun ada ketika culas menjaga SOP, apatah lagi anak-anak. Mereka adalah tanggungjawab kita dan kita harus memastikan mereka terhindar dari wabak ini,” katanya yang turut memberitahu dia dan Medina pernah melalui proses kuarantin kerana menjadi kontak rapat kepada pesakit Covid-19.View this post on Instagram
Sumber:Utusan Malaysia via ig sinar