Tak Sampai 3 Jam! Pelitup Muka PU Riz & Neelofa ‘Sold Out’ Wow laku keras

Tidak sampai tiga jam dilancarkan, pelitup muka keluaran PU Riz dan Neelofa habis terjual sebanyak 220,000 helai pada Selasa.

Menurut Haris atau nama sebenarnya Haris Ismail, dia sendiri tidak menjangka sambutan yang amat menggalakkan terhadap produk keluaran syarikatnya iaitu Markaz Tijaari.

“Alhamdulillah saya tidak menjangkakan sambutan begini menggalakkan. Kami baru sahaja lancar tiga jam lepas dah habis ditempah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)


“Sepatutnya malam ini jualan dibuka kepada umum tapi dah habis dibooking. Tapi jangan bimbang kita dalam usaha untuk menambah stok,” katanya menerusi satu kenyataan yang dihantar.

Sementara itu, Haris menambah, pelitup muka Gh0lak yang bermaksud tertutup ini mempunyai empat lapisan yang berkualiti dan dapat menceg4h penul4ran wab4k C0v1d-19.

Jelasnya, pihak mereka juga merancang untuk menambah beberapa koleksi warna untuk keluaran akan datang.

“Pelitup muka keluaran kita ini mempunyai kebaikan tambahan iaitu empat lapisan berbanding yang dijual di pasaran.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HARIS ISMAIL (@hrisbismail)


“Kami dah rancang untuk keluar sejak Disember lalu tapi ambil masa sedikit disebabkan kami ingin pastikan ia betul betul berkualiti.

“Buat masa ini hanya warna putih dan Insyallah akan datang kami keluarkan pelbagai warna,” ujarnya.

Selain pelitup muka, syarikat PU Riz dan Neelofa itu sebelum ini mengeluarkan beberapa produk makanan tambahan dan pakaian yang turut mendapat sambutan menggal4kkan.

Sekadar info, PU Riz dan Neelofa bergelar suami isteri dalam satu majlis perkahwinan pada 27 Mac lalu di sebuah hotel lima bintang di ibu kota.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Gempak

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *