‘Pernah Tular’ Kini Viral Kisah Cinta Wanita Turki Yg Telah Berkahwin Dgn Tukang Sapu Indonesia.

Kalau sudah jodoh memang tidak akan ke mana. Beginilah kisah cinta seorang wanita Turki yang tinggal di Austria menjadi viral di YouTube pada Mei 2020 dek kerana dia yang telah berkahwin dengan seorang lelaki yang bekerja sebagai Pekerja Pengendalian Kemudahan Dan Prasarana Awam (PPSU) untuk DKI. Wanita yang bernama Romansa Arzum ini telah berkahwin dengan tukang cuci (DKI) Jakarta yang bernama Bambang Irawan atau lebih senang dikenali sebagai Awanzha atau Awan.

Video Youtube Paling Bawah:

Menurut sumber, Arzum memberitahu bahawa dia dan Awan berkenalan melalui aplikasi karaoke Smule  dan mereka berkahwin pada tahun 2019. Arzum adalah orang pertama yang mengundang Bambang atau Awan untuk berkenalan dan dia juga mengakui bahawa dia telah jatuh cinta dengan Awan sejak mereka sering berduet di Smule. Arzum bahkan sanggup terbang dari Austria ke Indonesia hanya untuk bertemu dengan kekasihnya itu.

Arzum mempunyai seorang anak perempuan hasil dari perkahwinannya yang terdahulu yang bernama Melodi Putri. Menurut Arzum, sejak berumur 11 tahun lagi dia telah belajar bahasa Indonesia melalui pelbagai platform seperti filem, lagu dan google.

Menurut Arzum, tahun ini sepatutnya dia berpindah ke Indonesia dan tinggal bersama mentuanya di sana namun kerana pan.demik dia tidak dapat meneruskan niatnya itu. Melalui kandungan YouTubenya yang berjudul ‘Berita Bu.ruk Buat Saya’ , dia merasakan bahawa apa yang terjadi adalah sebagai berita yang buruk padanya. Dia juga tidak dapat menemui suaminya itu kerana masih belum menerima vak.sin.

Saya tidak tahu sampai bila orang luar yang ingin datang ke Indonesia harus menerima vak.sin terlebih dahulu dan saya juga tidak mahu diberi vak.sin, sekarang saya bin.gung apa yang harus saya lakukan. Bagaimana untuk saya dan suami dapat bersatu.” kata Arzum. Bagi Arzum ini adalah penderitaan terbesar buatnya.

Awan juga ada mengatakan, “Jika kamu masih tidak menemui jalan keluar, kamu harus terlebih dahulu mendapatkan vak.sin”

Arzum memberitahu bahawa kali terakhir dia dan suaminya berjumpa adalah pada bulan Ogos 2019. Setelah itu,  Arzum yang masih pasangan pengantin baru dengan Awan harus pulang ke Austria. Sekarang dia dan suaminya terpaksan menjalani LDR dan hanya berkomunikasi melalui panggilan video.

“Saya se.dih kerana tidak dapat pergi ke Indonesia untuk menemui suami saya, kami sudah 2 tahun berkahwin tetapi secara LDR. Kadang-kadang saya merasa seperti mahu men.yerah,” kata Arzum.

Melihat Arzum yang gu.gup kerana tidak dapat pergi ke Indonesia, Awan juga berusaha untuk meyakinkan isterinya dan meminta agar isterinya itu tetap sabar semasa seluruh dunia  sedang dilanda wa.bak ini. Arzum mengatakan bahawa Awan juga sebenarnya merasakan hal yang sama. Kini suaminya itu harus berjimat sekiranya dia dapat bertemu dengan isterinya di Austria satu hari nanti.

Reaksinya sama dengan saya, dia juga sebenarnya sangat se.dih tetapi apa yang boleh mereka lakukan, kami hanya boleh berusaha sehingga nanti sempadan sudah dibuka dan mereka boleh bersatu semula.” kata Arzum lagi dengan nada yang sangat se.dih.

Sumber:muraimy via Youtube

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *