Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melakukan si4satan dalam ins1den sekumpulan pelancong yang terp4ksa membayar hampir RM1,196 bagi hidangan seekor ikan siakap di sebuah restoran dekat Langkawi, baru-baru ini.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Langkawi, Abdul Rafar Wahid memberitahu, si4satan dilakukan di bawah Akta K4walan Harga Dan 4nti Pencatutan 2011.
“Kita akan menyi4sat perkara tersebut dengan adil dan tidak akan menyebelahi mana-mana pihak.
“Pelanggan juga perlu menyemak menu yang disediakan dan memastikan harga sebelum membuat pesanan bagi mengelakkan perkara ini berlaku,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
MENU makanan ditempah pelanggan yang membayar lebih RM1,000 di restoran berkenaan. Foto – K! ONLINE
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kejadian yang menimpa sekumpulan pelancong ke Pulau Langkawi terk3jut apabila terp4ksa membayar hampir RM1,196 bagi hidangan seekor ikan siakap seberat sekitar 7 kilogram (kg) di salah sebuah restoran di Langkawi, Kedah baru-baru ini.
Menerusi perkongsian Mohd. Faris Zulkarnain di Facebook miliknya, mereka terdiri daripada tujuh individu juga terp4ksa membayar bil keseluruhan sebanyak RM1,852.50 termasuk menu lain.
PEMILIK Restoran Terapung Sas Rimba, Norasyikin Musa (kiri) menunjukkan menu makanan beserta harga kepada pegawai KPDNHEP di premisnya di Langkawi, semalam. Foto – K! ONLINE
Sementara itu, Setiausaha Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Mohd. Yusrizal Yusof berkata, pihaknya sebelum ini pernah menerima beberapa aduan berkaitan caj h4rga makanan yang tinggi di pulau peranginan berkenaan.
Bagaimanapun katanya, ia melibatkan restoran lain.
“Kita meminta pihak kementerian membuat pemeriksaan lanjut bagi memastikan tiada yang tert1ndas dalam 1su berkenaan.
“Pemilik restoran sewajarnya meletakkan tanda harga atau memaklumkan mengenai harga sebenar makanan agar pelanggan dapat membuat pilihan sama ada mahu menjamu selera atau sebaliknya,” jelas beliau.
Tambahnya, isu peniaga mem4nipulasi h4rga semakin ser1us di pulau berkenaan berikutan mereka baru sahaja menerima pelancong luar sebaik kerajaan membuka semula sektor ekonomi.
Sumber: K! ONLINE, newspartnerlive