“Pukul 3 pgi ank sampai..” (Video) Lama Tk jumpa Gara2 PKP. Sekali Ayah msuk Dpur pkul 7 Pagi, Rupa-Rupanya…

BERBULAN lamanya tidak bersua muka gara-gara Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sudah pasti kepulangan anak-anak ke kampung halaman ditunggu-tunggu oleh ibu bapa. Disebabkan terlalu gembira menyambut kepulangan anak cucu, awal-awal lagi mak ayah sudah bersiap sedia dengan pelbagai jenis masakan, buah-buahan atau makanan untuk dijamu. Begitu juga kisahnya dengan wanita ini, yang mana si bapa begitu bersemangat menyediakan hidangan dari air tangannya sendiri. Menerusi video yang dikongsikan di aplikasi TikTok, kelihatan bapanya yang sudah lanjut usia masih lincah beraksi di dapur. Berkongsi cerita dengan mStar, wanita itu yang mahu dikenali sebagai Gee Mat Hesa berkata video tersebut dirakam ketika dia bersama keluarga pulang ke kampung halaman yang terletak di Kampung Relang, Batu Kurau, Perak, pada Selasa lalu. “Dah lapan bulan saya tidak balik kampung. Saya dan keluarga pulang agak lewat sikit, iaitu selepas dua minggu kerajaan benarkan pergerakan rentas negeri. Sebelum itu, ada adik beradik lain yang dah jenguk mak ayah. “Sebelum balik kampung, sempat saya pergi Kuala Selangor dulu nak beli ikan segar untuk dibawa pulang. Kami sampai kampung kira-kira pukul 3 pagi. Masa tu ayah dan ibu sanggup tunggu. Mereka ambil dan simpan ikan-ikan yang kami bawa. “Esoknya selepas Subuh, pukul 7 pagi nampak ayah dah masuk dapur. Saya tanya nak buat apa, dia jawab nak masak lauk. Punyalah awal! Ayah dah plan nak masak bawal tiga rasa. Sambil tu, saya rekod sebab nak share dekat WhatsApp grup famili. ayah baru 2 Gee bersama keluarganya pulang ke kampung untuk menjenguk ibu bapa selepas lapan bulan ‘t3rpisah’. “Terfikir nak muat naik di TikTok juga untuk abadikan kenangan. Petang tu saya ke bandar sebab line di kampung kurang elok. Saya tak tahu pun tiba-tiba masuk FYP (For You Page) sebab memang tak dapat nak check. Kakak yang beritahu,” kata wanita berusia 35 tahun ini. Senang disapa sebagai Gee, wanita ini berkata bapanya, Mat Hesa Mat, 71, sememangnya pandai memasak sejak muda dan pernah bekerja sebagai tukang masak. “Ayah memang suka masak dan pandai masak. Dari kami adik beradik kecil lagi, ayah rajin bab-bab dapur ni. Mak cerita, masa mak dalam pantang dulu, ayah la masak. “Juadah yang memang jadi ‘signature’ ayah adalah sup tulang, mi bandung, mi hailam dan gulai. Semuanya dia guna resipi sendiri. “Mak memang masak juga tapi bila sesekali ayah beraksi di dapur, memang ‘terangkat’. Kalau raya, wajib kami request sup tulang air tangan ayah,” ujar Gee yang merupakan anak ketujuh daripada lapan adik beradik.
Juadah yang memang jadi ‘signature’ ayah adalah sup tulang, mi bandung, mi hailam dan gulai. Semuanya dia guna resipi sendiri. GEE MAT HESA
Tinggal dan mencari rezeki di Klang, Selangor, Gee berkata dia mengambil cuti selama seminggu untuk menghabiskan masa di kampung bersama kedua-dua orang tuanya. Ujarnya, setiap waktu sepanjang berada di kampung benar-benar dimanfaatkan untuk melepaskan kerinduan terhadap ibu bapa. “Antara aktiviti di kampung, saya bawa anak-anak memancing ikan bersama datuk dan nenek mereka. Dekat sini banyak tempat boleh memancing seperti sungai atau bendang. “Boleh kata setiap hari kami pergi memancing. Ada juga masanya ayah ajak pergi jalan… memang kami pergi sebab nak kecewakan tu tak sanggup. Ajaklah pergi mana pun, mesti pergi je. Inilah masanya nak habiskan masa dengan mereka,” kata ibu kepada lima cahaya mata yang menjalanan bisnes sendiri ini. Terharu dengan sambutan daripada netizen sehingga videonya meraih lebih daripada 178,000 jumlah tontonan, Gee meluahkan rasa gembira kerana secara tidak langsung video tersebut sedikit sebanyak menghantar mesej positif kepada penonton. ayah baru 1 Gee merupakan anak ketujuh daripada lapan adik beradik. “Ayah pun seolah-olah tak percaya videonya viral. Saya janji kalau dapat 100,000 view, saya akan kongsi video ayah masak ikan jenahak pulak. Jadi kami kotakan janji dan nanti saya share video ayah masak singgang ikan sungai dengan jenahak bakar. “Netizen lebih suka video kisah ibu bapa sebab sangat touching lebih-lebih lagi apabila baru boleh merentas balik kampung. “Bagi yang masih ada ibu ayah, bahagiakan mereka. Balas jasa mereka selagi nyawa kita ada, selagi ada umur. Wang ringgit tak dapat beli kasih sayang sebaliknya mereka lebih suka masa bersama anak-anak,” ujarnya lagi. Sumber:mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published.