Fendy Adlun- “Saya Nak Kahwin Lagi, Kalau Ada Jodoh Nak Wanita Cel1k”

Hampir empat tahun menduda, pemain dram Caliph Buskers, Fendy Adlun mengakui mempunyai keinginan untuk berkahwin lagi tidak pernah serik untuk mendirikan rumah tangga. Kata Fendy lagi, dia tidak men0lak sekiranya dipertemukan jodoh lagi asalkan wanita tersbeut menyayangi dan menerima dirinya serta anaknya. “Kalau ada rezeki dan peluang kahwin lagi, secara peribadi saya naklah kahwin lagi. Cuma, pada masa sekarang masih belum ada calonnya dan saya pun tahu keadaan kewangan tidak berapa stabil. “Tapi, soal jodoh ini kita tak tahu. Kalau Allah kata ada rezekinya, saya terima saja asalkan wanita itu sayang dan boleh terima saya dengan anak saya juga. Bolehlah dia jadi ‘mata’ untuk saya dan anak kerana kami cacat penglihatan,” katanya kepada Harian Metro. Mempunyai hasrat untuk bertemu jodoh dengan wanita celik, Fendy berkata tidak salah jika dia mempunyai impian tetapi Allah yang menentukan segalanya. “Saya bukan cuba bersikap memilih-milih atau lupa keadaan diri, tapi jika dipertemukan jodoh baru naklah dapat pasangan wanita celik. Setidak-tidaknya adalah warna dalam kehidupan saya dan anak, Nur Azalea Zafirah. “Isteri yang cel1k itu boleh tengok-tengokkan anak apabila saya keluar bekerja dan senang cakap jadi mata untuk kami berdua. Dia juga boleh ikut dan teman saya ketika ada persembahan,” jelasnya. Dalam pada itu, Fendy berkata jika dikurniakan isteri celik mudah untuknya menceburi bidang perniagaan sebagai salah satu usaha menjana pendapatan. “Saya dapati seorang rakan anggota dalam Caliph Buskers, Nirwan yang mempunyai isteri celik. Sekarang, walaupun tiada tawaran persembahan nyanyian, tapi mereka mampu bersama-sama menjalankan perniagaan tempahan kek dan sebagainya. “Ia sebagai tanda sokongan juga buat suami cac4t pengl1hatan dan isteri cel1k yang ada kemahiran tertentu bekerjasama dalam bisnes. Secara tak langsung, memang membantu untuk usaha bersama mencari pendapatan,” katanya. Sementara itu, Fendy berkongsikan dia pernah berkenalan rapat dengan wanita cel1k namun masa tidak sesuai untuk mereka membawa hubungan ke fasa yang seterusnya. Terdahulu, Fendy berkahwin dengan Nur Nadira yang juga anggota Caliph Buskers pada 3 Mei 2014, namun berc3rai pada 2018. Hasil perkongsian h1dup mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Azalea Zafirah, 6, yang juga c4cat pengl1hatan dan kanak-kanak aut1sme. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sumber : Rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published.