Shuk Sahar Buka Kedai Kopi Tepi Jalan, Ini Sebabnya..

BUKAN mudah untuk mendapatkan semangat bagi memulakan perniagaan ketika diri sedang dilanda kontroversi rumah tangga namun pelawak Shuk Sahar tetap bersyukur atas sokongan daripada rakyat Malaysia.

Pernah dike.cam ga.ra-gara terpalit dengan isu cu.rang, Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar berkata perniagaan kafe minuman miliknya iaitu Semooth Cafe tidak terje.jas dengan apa yang berlaku.

“Sebenarnya empat bulan pertama memang agak mencabar sebab kena keluar duit sendiri dan saya sendiri terpak.sa turun pergi rumah ke rumah untuk buat kejutan hari lahir kepada pelanggan yang membeli minuman.

“Alhamdulillah… orang Malaysia semua baik-baik. Bila mereka tengok saya cuba buat sesuatu yang lain (berniaga) bersama keluarga, mereka lebih mendoakan dan menyokong. Malah, kawan-kawan saya pun ramai yang beri sokongan datang ke gerai saya.

Shuk membantu isterinya menyiapkan minuman pelanggan.

“Perniagaan saya, Alhamdullilah tak ter.jejas pun dengan kontro.versi yang berlaku dan Alhamdulillah juga kemelut yang berlaku pun sudah berakhir,” katanya kepada mStar.

Pelakon sitkom Jenaka Kampung Kalut (JKK) itu ditemui ketika pelancaran gerai minumannya, SemootNgopi di Denai Alam, Shah Alam, Selangor pada Isnin.

Sebelum ini, Shuk berdepan dengan kontro.versi apabila dia didak.wa berlaku cu.rang terhadap isterinya dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Fara Salleh.

Bila mereka tengok saya cuba buat sesuatu yang lain (berniaga) bersama keluarga, mereka lebih mendoakan dan menyokong.

SHUK SAHAR

PELAWAK

Sekitar awal Ogos lalu, konflik itu seakan-akan tidak berpenghujung apabila wanita terbabit mende.dahkan satu salinan lapo.ran po.lis berhubung dakwaan kes cabul melibatkan pelawak itu.

Enggan membiarkan dak.waan serius itu terus menjadi bualan ramai, Shuk dan isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau dikenali sebagai Sera membuat lapo.ran po.lis terhadap Fara di Balai Po.lis Setapak, Kuala Lumpur pada 1 Ogos lalu.

Dalam pada itu, bercerita tentang perniagaan baharunya, Shuk yang membuka sebuah gerai kecil menjual air kopi di tepi jalan itu berkata, bisnes tersebut juga bertujuan membantu orang ramai yang terminat untuk memulakan perniagaan dengan modal yang kecil.

Isteri Shuk yang memberi idea untuk membuka gerai minuman kopi di tepi jalan.

“Idea untuk buka kedai kopi ini daripada isteri saya yang sememangnya minat dalam bidang perniagaan. Kita tengok ramai peminat kopi ni, jadi datanglah idea untuk buat kedai kopi tepi jalan.

“Bila dia bagi idea, saya bincang dengan rakan kongsi untuk buka kedai kecil macam ni. Selain itu, kami juga membuka peluang kepada peniaga kecil. Sebagai contoh, mereka ada modal kecil untuk mula berniaga.

“Jadi, kita bantu peniaga kecil dengan hanya bermodalkan RM4,000, mereka boleh buka kedai kecil dan kami akan sediakan sembilan jenis kopi dan satu air berperisa coklat untuk mereka terus mula berniaga,” ujarnya.

Sumber:mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *