Sor0k Punya Sor0k, Ebit Lew Pula Doakan Keham1lan Intan Ladyana – “Mudah-Mudahan Kandungan Anak Soleh, Solehah”

Biarpun pelakon Intan Ladyana masih mengunci mulut tentang kisah dakw4an keham1lannya, ramai yang terus membuat spekulasi tentang khabar gembira itu.

Bagaimanapun, tularnya video ucapan dan doa yang dititipkan dermawan terkenal Ustaz Ebit Lew baru-baru ini ibaratnya mengiyakan kisah keham1lan Intan.

Dalam video yang dikongsikan suami Intan, pelakon dan pengacara Harris Alif di Instagram, dia meminta Ustaz Ebit Lew mendoakan kesejahteraan isterinya.

Soal Harris; “Okey ustaz, ada doa tak untuk isteri saya?”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Harris Alif (@harrisalif)


Selain mendoakan agar hubungan pasangan itu berkekalan, Ebit turut mendoakan kandungan Intan ketika ini.

“Semoga Harris dan Intan Allah beri sentiasa bahagia sampai bila-bila, mati pun tak dapat dipisahkan sampai ke syurga Firdaus.

“Mudah-mudahan selamat insya-Allah kandungan anak yang soleh dan solehah, zuriat sampai kiamat dan berbuat kebaikan atas dunia. Insya-Allah Allah sayang,” kata Ebit.

Dalam hantaran sama, Intan membalas ucapan itu dengan perkataan ‘Amin’.

Terdahulu, tular dakwaan pelakon filem Adnan Sempit itu sedang berb4dan dua ek0ran tersebarnya foto dan video yang menampakkan bentuk baby bump pada perut Intan.

Malah, Intan juga kerap menutup bahagian perut dengan bantal seolah-olah mahu menyembunyikan sesuatu.

Harris berkata kepada media pihak mereka akan memaklumkan berita terbabit sekiranya sudah sampai waktu yang sesuai.

Intan dan Harris mendirikan rumah tangga pada Februari 2021.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *