“Stesen televisyen perlu…” Lama Berdiam Diri, Pak Nil Akhirnya Tɑmpil Buka Mulut Ulas isυ Jenɑka Ro̞go̞l.

“Saya percaya bahawa ilmu, pengetahuan dan pengalaman itulah yang mendewasakan seseorang pengacara itu.”

Demikian komen bernas pengacara berpengalaman, Datuk Aznil Nawawi berkenaan budaya atas gerak kerja sesetengah pengacara yang sepertinya sudah ‘l4ri’ daripada tugas hakiki kerjaya tersebut.

Tegas Aznil, 59, penting untuk seseorang pengacara atau hos rancangan sebuah program televisyen mengisi dada dengan ilmu, pengetahuan dan pengalaman ketika menjalankan tugas mereka.

Aznil atau mesra disapa sebagai Pak Nil berkata, dia mengerti tugas pengacara yang ada ketikanya perlu memprov0kasi tetamu jemputan dalam membincangkan sesuatu topik.

Bagaimanapun ujarnya, prov0kasi tersebut haruslah ditangani dalam suasana berhemah dan bertanggungjawab.

“Saya memahami kadang-kadang keterujaan semasa mengacara, nak bercerita dengan seronoknya dalam sebuah program. Ada ketika, pengacara berdepan dengan situasi tetamu sus4h untuk melontarkan suara. Maka, satu caranya adalah dengan melakukan teknik prov0kasi.

“Peranan itu adakala terp4ksa dimainkan bagi membolehkan perbincangan menjadi hidup. Pr0vok supaya tetamu jadi gembira, m4rah dan k4lut untuk memastikan dia bercakap. Tetapi harus dilakukan dengan bertanggungjawab, begitu juga tetamu jemputan itu sendiri,” katanya yang ditemui media pada majlis pelancaran produk baharu Eskayvie Sdn. Bhd., Diffenz Junior di Hotel St. Regis baru-baru ini.

Pengacara yang cukup sinonim dengan program realiti, Akademi Fantasia itu juga menasihatkan agar tetamu undangan perlu berhati-hati dengan setiap butir bicara yang dikeluarkan semasa ditemu bual bagi mengelakkan isu sens1tif.

“Contohnya, berkenaan apa yang berlaku baru-baru ini dalam sebuah rakaman program televisyen ada tetamu menyebut nama secara spesifik. Bagi saya, kalau boleh jangan sebut nama.

“Satu lagi, secara umum, stesen televisyen juga bertanggungjawab sunt1ng keluar perkara sens1tif. Apapun, kita belajar dan jangan ulang benda yang berlaku. Saya sendiri pun masih lagi belajar meski sudah 30 tahun terlibat dalam bidang ini,” katanya.

Baru-baru ini, tular dalam media sosial tentang satu program bual bicara tempatan yang dikecam ramai kerana didakwa tidak sens1tif dan sepertinya mempromosi jenaka s3ksual atau r0gol.

Sumber: K! ONLINE, newspartnerlive

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *