“Sy tɑk brniat nk bεrgɑduh, tpi..” Michael Ang So̞und Iqbal?, Skali Kena So̞und Balik Lgi Pɑdu!

Isu mengenai Iqbal Zulkefli ini nampaknya makin meleret apabila Pengarah dan penerbit Michael Ang turut terpalit dalam ‘drama marketing’ Iqbal.

Perkara itu mula menjadi perhatian selepas Michael Ang ada buat satu kenyataan dengan menggesa seseorang individu untuk tidak membabitkan namanya jika ingin meraih populariti.

Ada ku kesah kau kaya ke apa!

Dalam posting tersebut Michael Ang meminta individu terbabit untuk tidak kaitkan dirinya sebagai ‘modal’ untuk menaikkan nama individu tersebut.

“Nak tayang kereta kat muka aku silakan sebab memang boleh sewa kereta tu! Sama juga beli jam beratus ribu suruh siap balut semua tapi yang beli cuma satu yang berpuluh ribu sahaja.”

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Michael Ang (@michaelang38)

Terpanggil dengan post ini, Iqbal tampil beri respon dan  meminta untuk Michael Ang semak dengan JPJ berkenaan dengan kesahihan kereta mewahnya dan koleksi jam mewahnya itu.

Disebabkan itu, Michael Ang balas semula komen Iqbal dengan mengatakan segala harta yang dimilikinya itu tidak memberikan kesan kepadanya dan menggesa Iqbal untuk tidak heret namanya dalam hal isu mengenai diri Iqbal.

Oleh sebab itu, Iqbal membalas semula dengan menyatakan bahawa dirinya petik nama Michael Ang kerana mendakwa bahawa dirinya menjadi sebutan beberapa kali.

Dia juga menyatakan bahawa dirinya begitu kagum dengan Michael Ang, namun dirinya terpanggil untuk membidas Michael Ang kerana dakwa dirinya difitn4h.

Kenyataan itu kemudiannya disangkal oleh Michael Ang dengan menafikan bahawa hanya sekali sahaja nama Iqbal dipetik ketika sedang sesi live bersama Dato’ Seri Vida.

Terdahulu, Michael Ang ada buat satu sesi live bersama DSV dan ia menjadi perhatian netizen apabila pengarah dan penerbit itu ada membuat teguran berkenaan dengan ‘drama’ mereka.

Sumber : LM, news131media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *