
Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sudah boleh dianggap sebagai ‘pakar’ dalam aspek padang bola sepak.
Ia selepas pemilik akaun Twitter, Azman Naim 44 Mantra mendedahkan bahawa dia ter.kejut apabila Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) boleh perasan walaupun rumput di Stadium Sultan Ibrahim panjang 1 milimeter (mm).
Lihat siaran ini di Instagram
“Semalam saya menghadap TMJ di Stadium JDT. Saya sempat ikut TMJ pusing check (pantau) padang sebelum TMJ berangkat balik.
“Satu yang aku pe.lik, TMJ boleh perasan rumput itu panjang 1 mm. Tak payah ukur, memang betul panjang 1 mm. Memang TMJ master dah bab padang,” tulis Azman di Twitter miliknya.
Malah, ciapan itu turut dikongsikan TMJ menerusi akaun Twitter milik beliau sambil menulis: “Pening kepala Mat Salleh jaga padang”.
Pening kepala Mat Salleh jaga padang. https://t.co/qT5wzrTWWc
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) October 26, 2021
Sebelum ini, Azman atau nama sebenarnya Mohd Nur Azman Naim dila.porkan sudah menghadap TMJ selepas dia tular di media sosial susulan sebuah lagu parodi berjudul My Sejahtera Way.
Lihat siaran ini di Instagram
Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ
Sumber: BH