“Dia tk suka kongsi kebaikan..” Hafiz Nassir Dεdɑh Rɑhsia kejɑyaan Fazura- ‘Dia wanita mistεri bgi saya’

Rakan perniagaan pelakon popular, Nur Fazura iaitu Hafiz Nassir mendedahkan rahsia kejayaan di sebalik sambutan luar biasa koleksi tudungnya yang habis dijual sebanyak 200,000 helai dalam tempoh 45 minit di platform beli-belah dalam talian, semalam.

Tudung Fazura Solt Out Dalam masa 45 minit

Hafiz ketika dihubungi berkata, walaupun perkenalan mereka singkat tetapi dia kagum dengan keperibadian pelakon terbabit yang turut membuka matanya. “Apa yang saya nampak dia seorang yang menjaga solatnya. Walaupun si.buk dengan penggambaran yang kadang-kadang memakan masa hampir 10 jam, tapi solat menjadi keutamaannya selain memastikan aurat.nya sentiasa terjaga.

Fattah Amin Dan Fazura Berada Di Mekah

“Selain itu, satu perkara yang saya cem.buru adalah dia tidak suka berkongsi kebaikan yang dilakukan seperti amalan sedekah atau bantuan yang dihulurkan kepada golongan memerlukan. Seboleh mungkin dia enggan orang ketahui niat baiknya itu. “Sebagai rakan perniagaan saya kagum dengan semangat luar biasa yang dimiliki. Dia sangat memberikan sepenuh komitmen dan teliti dalam setiap apa yang dilakukan,”katanya. Menurut Hafiz, dia juga tidak mena.fikan sokongan suami tercinta, Fattah Amin yang sentiasa berada di sampingnya turut membantu kepada kejayaan besar Nur Fazura.

Fattam AminBersam Isterinya Nur Fazura

“Bagi saya, dia adalah wanita yang sukakan mis.teri. Dia tidak akan berkongsi sesuatu projek selagi belum dilancarkan bagi mengelak segala perkara ne.ga.tif atau perasaan yang tidak baik. Dia lebih selesa bersaing dengan dirinya sendiri. “Saya juga perlu katakan yang Fattah juga antara individu yang sentiasa memberikan sokongan penuh kepadanya. Fattah sering berada di sisi dan membantu menguruskan perniagaan,” katanya. Pada waktu sama, Hafiz juga mengakui selain kehadiran Fazura yang hampir setiap hari masuk ke pejabat untuk memastikan segala proses perniagaan berjalan lancar, dia juga mempunyai pasukan yang hebat bagi memastikan perniagaan itu berjalan lancar dan sukses. Terdahulu, Fazura memuat naik video teruja di Instagram memaklumkan koleksi tudungnya habis dijual dalam masa 45 minit di platform beli-belah dalam talian.
 
Lihat siaran ini di Instagram
 

Siaran dikongsi oleh Nur Fazura (@missfazura)

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ Sumber: HM, IG Nur Fazura

Leave a Reply

Your email address will not be published.