“Tipulɑh kalau saya tak sɑkit” – Elyana

Penyanyi, Elyana berterima kasih kepada khalayak yang mendoakan keadaan kesihatan dirinya agar terus sihat daripada meng.hidap pen.ya.kit kan.ser limf.oma tahap empat.

Menerusi coretan di akaun Instagram miliknya tengah malam semalam, penyanyi popular menerusi lagu Kalis Rindu ini akur dengan takdir-Nya dan berharap semoga perkongsian berkenaan dapat menyuntik semangat buat penghidap kanser lain.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Elyana Emrizal (@elyanaofficial1)

“Terima kasih kepada semua yang sudi mendoakan dan beri kata-kata semangat buat saya terus tersenyum.

“Tipu.lah kalau saya tidak sa.kit. Tapi saya tetap bersyukur kerana Allah SWT beri saya sa.kit dan gantikan kebahagian dalam jiwa saya.

“Semoga semangat ini terus memberi manfaat untuk mereka yang sedang sakit. Tidak mengapa, hadapi dengan senyuman,” katanya.

Elyana atau nama penuhnya Erneelya Elyana Emrizal, 34, berkata demikian selepas mendapatkan rawatan kemo.te.rapi yang ketiga di Pusat Perubatan Subang Jaya.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Elyana Emrizal (@elyanaofficial1)

Terdahulu, menerusi perkongsian hantaran sebelum ini, Elyana memaklumkan keputusan darah putihnya rendah namun telah menerima rawatan susulan pada bahagian perutnya.

“Alhamdulillah. Selesai kemoterapi yang ketiga. Hari ini keputusan darah saya, darah putih rendah 2.0. Jadi kena cucuk pulak energy booster (sejenis ubatan cecair) dekat perut. Apa-apa pun terus lawan,” ungkapnya.

Sementara itu diruangan komen, majoriti daripada pengikut dan peminatnya terus membanjiri ruangan berkenaan dengan doa-doa agar Elyana terus tabah dan cekal dengan dugaan dan ujian yang sedang dilaluinya ini.

Sumber: Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *