Syafie Naswip – ‘Tolong Elak Guna Perkataan ‘Ret!s’, Ia Seperti Mengh1na Pekerjaan Saya’

Di Instagram, pelakon, Syafie Naswip memberi teguran buat segelintir masyarakat yang menyapa atau berbalas komen di media sosial dengannya agar tid4k menggunakan perkataan ‘ret1s’ ketika berkomunikasi. Menurut Syafie, penggunaan perkataan ‘ret1s’ sedikit sebanyak telah mengh1na pekerjaannya sebagai anak seni. Oleh itu, dia berharap mana-mana individu yang mahu berkomunikasi dengannya selepas ini akan menggunakan perkataan pelakon, pameran atau manusia biasa daripada menggunakan perkataan tersebut. Tambah Syafie, selama ini dia hanya mampu tersenyum dan tidak memberi reaksi apa-apa. Namun, hari ini dia berharap semua individu faham mengenai perasa4nnya. Di ruangan komen, rata-rata netizen mula faham mengenai apa yang cuba ingin disampaikan oleh Syafie. Bahkan, ada juga yang bertanya mengenai maksud ‘retis’ kepada Syafie. Ujar Syafie, perkataan tersebut tidak membawa maksud apa-apa dan ianya sekadar digembar gemburkan. Sumber : Ohbulan

Leave a Reply

Your email address will not be published.