“Tolonglah bertaubat..” Fazura Dided4hkan Pen!pu Yg Jual Tudung Jenamanya, Sedangkan..

PETALING JAYA – Selepas beberapa hari meraih kejayaan luar biasa dengan mencatat jumlah jualan sebanyak RM2.16 juta untuk tudung keluarannya, Tudung Fazura, ada pihak sudah cuba mengambil kesempatan me.nipu orang lain. Perkara tersebut di.dedahkan Fazura, 38, menerusi perkongsian dalam InstaStorynya beberapa jam lalu dengan memuat naik bukti perbuatan ja.hat pe.nipu berkenaan. Kata pelakon filem Dendam Pon.tianak itu, pe.nipu itu sebenarnya sudah melakukan perbuatan ja.hatnya sejak beberapa bulan lalu, namun semakin men.gganas sejak akhir-akhir ini. “Dia dah ambil banyak duit orang. Dia gunakan bahan macam katalog untuk me.nipu dan ramai yang ter.pedaya. Caranya, dia pujuk pelanggan dengan mengatakan stok masih ada walaupun sebenarnya koleksi yang di.dakwanya itu sudah lama kehabisan stok. “Kemudian dia minta pembeli membayar dengan cara transaksi sebelum menyekat nombor semua pelanggan yang selesai membuat bayaran,” dedahnya. Ternyata ke.cewa dengan tin.dakan tidak bermoral wanita itu, Fazura sempat meminta pelaku supaya bertaubat dan memulangkan kembali semua wang pembeli yang di.tipunya. “Saya tak tahulah apa awak rasa bila menipu orang. Siap ada gambar konon sedang membungkus parcel. Sedangkan orang mengharapkan untuk dapat tu.dung itu dan pakai. “Duit semua orang tu, ingat percuma ke. Semua orang bekerja untuk dapatkan duit. Ada yang nak beli tudung ni, semua tak dapat. Waktu-waktu macam inilah awak nak buat kerja sebegini kan. “Taubatlah, tolonglah. Kalau ada rasa bersalah dalam hati awak, tolonglah bertaubat. Pulangkan semula duit pelanggan dan ejen-ejen saya,” katanya lagi. Isteri kepada pelakon Fattah Amin itu turut menunjukkan wajah si pelaku, namun tidak dapat dipastikan sama ada foto tersebut adalah wajah sebenarnya ataupun dia menggunakan gambar orang lain untuk mengaburi mata semua orang. Beberapa hari lalu, Fazura terharu apabila orang ramai memberikan sokongan terhadap tudung keluarannya sehingga berjaya terjual sebanyak 80,000 helai dalam tempoh dua jam. Pencapaian tersebut sekali gus membantu mereka yang terkesan aki.bat pan.demik Co.vid-19 seperti golongan wanita, ibu dan ibu tunggal yang ke.hilan.gan mata pencarian. Ibu kepada Nur Fatima Aisya itu menarik perhatian ramai apabila menjual tudung serendah RM27 sehelai dengan niat membantu orang ramai yang ter.kesan kerana pan.de.mik. Sumber: K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published.