Tular Lelaki Beli Kereta Guna Syiling RM33,000 Buat Ramai Terk3jut, 20 Staf Ambil Masa kira Syiling..

JARANG ditemui transaksi pembelian kenderaan menggunakan wang tunai, apatah lagi melibatkan wang syiling.

Ia bukan sahaja menyukarkan pihak penjual mendapatkan jumlah yang tepat, malah tempoh masa yang diperlukan untuk menghitungnya juga lebih panjang.

Namun perkara ini benar-benar terjadi di Zhoukou, Henan provinsi, China apabila seorang lelaki membayar kereta yang dibelinya menggunakan wang syiling berjumlah 51,000 yuan (RM33,163).

Menurut perkongsian di Weibo, lelaki berkenaan yang bekerja dalam industri makanan membeli kereta secara tunai berkenaan untuk anaknya.

Menurut seorang pekerja bilik pameran kereta dikenali sebagai Chen memberitahu pengiraan wang syiling berkenaan ter.paksa dilakukan oleh 20 orang kakitangan.

Difahamkan proses pengiraan rumit itu mengambil masa tiga jam.

Netizen ter.kejut kerana bilik pameran itu masih menerima pembelian berkenaan dan bersetuju untuk menghitung wang tersebut.

Dalam pada itu, warga maya lain mencadangkan agar kakitangan tersebut menggunakan kaunter duit syiling.

 

“Kedai ini sangat bagus. Mereka rela mengira. Kalau saya tidak mahu transaksi begini.”

“Bank mempunyai mesin yang dapat mengira duit syiling. Lebih senang. ”

“Setelah mengira duit syiling itu, mereka akan pergi ke bank untuk menyimpan wang, dan kakitangan bank harus menghitungnya lagi.”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber:sinarplus.sinarharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *