Tular Video Dihujani Komen ‘Comel’ Gara2 Fatima Fazura tak tahan nak ketawa,

Pelakon jelita, Nur Fazura sering menjadi tumpuan ramai dimana dia antara selebriti yang peminat tidak terlepas untuk terus mengikuti perkembangannya.

Apatah lagi sejak melahirkan anak sulung yang diberi nama Nur Fatima Aisya mengundang Fazura dan puteri kesayangannya itu selalu mendapat perhatian netizen.

Seperti mana dalam satu rakaman video ini pula, telatah comel Fazura dan Nur Fatima Aisya telah tular di laman TikTok selepas salah satu IG story yang dihasilkan oleh Fazura lain jadinya.

Ini semua gara-gara puteri kesayangannya itu apabila Fatima mengundang ramai ‘geram’ selepas menonton video dikongsikan oleh Fazura yang tular ini disamping membuatkan peminat di TikTok merasa tercuit hati.

Apa tidaknya, kongsi selebriti jelita itu bahawa agak mencabar membuat Insta story apabila ada anak melekat sekali dimana Fazura melalui video tidak dapat menahan daripada ingin ketawa kerana Fatima mengikuti caranya berinteraksi dalam video dengan turut melambai tangan.

Menjengah ke ruangan komen, ternyata perkongsian video itu dihujani dengan komen comel oleh netizen terhadap selebriti jelita dan anaknya itu disamping dalam pada masa yang sama Fazura dipuji kejelitaannya dalam video yang dimuat naik tersebut.

“Suka tengok Fazura tanpa mekap, kulit dia nampak segar”

“Fatima kacau mummy, sweetnya Fatima”

“Comel Fatima…”

Sumber : HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *