Ustazah Asma Ulas Isu Panggung Wayang Dibuka Semula, Sekali Netizen Kaitkan Dengan Masjid

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) bagi Industri Kreatif termasuk pembukaan semula panggung wayang bagi individu yang sudah lengkap vaks1n.

Hal ini telah menarik perhatian pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun semalam telah memuatnaik sebuah ‘posting’ di Instagram  bersuara mengenai kelonggaran ini. Beliau faham ramai yang hilang pekerjaan kerana kesan pandem1k ini.

“Iya, kita faham, mereka juga perlu cari pendapatan, kita tahu memang berjuta rakyat h1lang kerja dan tukar sumber rezeki kesan pandem1k. Saya percaya mereka yang terlibat dengan dunia pawagam juga melalui hal yang sama, termasuk para artis filem.”- tulisnya

Walaubagaimanapun, Asma memberi pandangan jika panggung wayang dibuka akan mengundang bah4ya.

“Mungkin saya berfikiran pendek, saya bayangkan, jika seorang sahaja pembawa, dalam tempoh 2 jam berada dalam pawagam, tempat tertutup dan berhawa dingin, ia sangat beris1ko. Bimbang bukan pec4h rek0d tayangan atau blockbuster, tapi pecah rek0d c19.”- luahnya rasa bimbang.

Berita pembukaan semula panggung wayang itu menyebabkan segelintir netizen tidak berpvas hati dengan posting dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Netizen mengaitkan dengan  SOP masjid yang masih belum dibuka mengikut kapasiti keluasan, kuliyah dhuha dan sebagainya. Sedangkan pawagam dibenarkan dengan kapasiti 50%.

Keluhan netizen ini turut mendapat perhatian Asma, ini komen beliau;

“Maaf sangat, daripada ruangan komen KKM banyak pihak yang buat perbandingan dengan masjid, mohon dibuka untuk kuliyah dhuha dan lain-lain pengajian agama, namun kita akur dan yakin pihak berwajib buat keputusan terbaik mengikut situasi semasa. Kita masih perlukan masa untuk sesuaikan diri dengan pendem1c.”- katanya

Walaubagaimanapun, Asma berfikiran p0sitif dan merasakan keputusan yang dibuat oleh kerajaan adalah terbaik dan mengikut situasi semasa.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : MURAI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *