[VIDEO] Didᾰkwa Pernah ‘Bεnci’ Memey Suhaiza, Sekali Ini Respo̞n Pᾰdu Abby Abadi

Tak dinafikan, hubungan baik pelakon Abby Abadi dengan bekas suaminya iaitu Norman Hakim dan isteri, Memey Suhaiza sering menjadi tumpuan netizen di media sosial. Bukan itu sahaja, silaturahim yang terjalin dalam keluarga ini sering mendapat pujian dan dicontohi ramai.

Baru-baru ini, Abby Abadi ada memuat naik satu video di TikTok memaparkan dirinya dan suami, Muhammad Faizal Zakari bersama Norman Hakim dan Memey Suhaiza dengan berlatarkan suara rakaman nasihat buat suami tentang kuasa doa seorang isteri. Mengenakan pakaian yang sedondon, kedua-dua pasangan ini nampak cukup romantik dan bahagia.

Di ruangan komen, kebanyakan netizen mengakui sangat menyukai hubungan yang terjalin antara Abby Abadi dan Memey Suhaiza. Namun, ada seorang netizen meninggalkan komen seakan me.ndak.wa Abby Abadi selaku bekas isteri Norman mempunyai rasa ‘benci’ terhadap Memey Suhaiza pada suatu ketika dahulu.

Abby Abadi kemudian menjawab dak.waan tersebut dengan mengatakan bahawa dia tidak pernah sekali pun mengatakan bahawa dirinya membenci Memey. Malah apa yang terjadi sebelum ini adalah masalah antara dirinya dan Norman. Dalam kesempatan itu, Abby Abadi berharap agar netizen dapat membezakan situasi lama dengan yang sekarang dimana situasinya sangat berbeza.

VIDEO:

Allah SWT Lebih Tahu Yang Terbaik..

Sumber: Abby Abadi OB

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *