[VIDEO] “Popular memang seronok, tpi..” Netizen Kagum Dgar Aliff Syukri Nasihat Sajat!

“Popular memang seronok tetapi aku sendiri tak boleh melalui kehidupan seperti kau.”

Itu antara kata-kata usahawan kosmetik terkenal, Datuk Aliff Syukri ketika mengulas tentang kehidupan Nur Sajat yang memberi impak besar terhadap kehidupannya sendiri.

Kata pelakon filem Badang, ‘kehilangan’ Nur Sajat telah mengajarnya untuk hidup secara bersederhana.

“Ke.hilan.gan kau memberi pengajaran kepada aku untuk terus bersederhana. Melihat nasib kau, aku sendiri tak sanggup untuk melalui detik tersebut.

“Aku hanya mampu berdoa untuk Allah SWT beri percaturan terbaik untuk semua. Bila sudah jadi begini, aku jadi lebih matang dan kurangkan sikap ‘gi.la-gi.la’,” katanya dalam satu sesi siaran langsung Instagram malam tadi.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Nursajat (@nursajatkamaruzzaman)

Tambah Aliff, dia juga sempat bersolorah agar Saja tidak terlalu melayan segala komen negatif netizen yang dilemparkan terhadapnya.

“Harap kau sentiasa mendekatkan diri dengan Allah dan ke arah kebaikan. Aku tahu kau orang yang baik.

Tak perlu balas-membalas komen negatif daripada netizen.Mereka buat begitu sebab cem.burukan kecantikan kau,” guraunya.

Aliff juga menitipkan nasihat agar penyanyi lagi Bobo Di Mana itu tidak meninggalkan perintah Allah.

“Jangan lupa solat. Biar Allah sahaja yang nilai kita.

“Aku sentiasa doakan yang baik-baik untuk kau,” ujarnya lagi.

Terdahulu, pada 18 Oktober lalu, Sajat, telah berhijrah ke Australia selepas dipercayai mendapat kelulusan ‘tiket’ kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

Sebelum itu, polis turut mengesahkan Sajat ditahan di sebuah kondominium mewah di Bangkok, Thailand bersama seorang lelaki berperwatakan seperti wanita warganegara tersebut ketika serbuan pihak imigresen Thailand pada 8 September lalu.

Pada 9 September lalu, Sajat didakwa di mahkamah Thailand atas kesalahan berkaitan Imig.resen di negara berkenaan dan dibebaskan sehari kemudian dengan jaminan AS$2,000 (RM8,343) yang dibuat oleh seorang warga tempatan.

Kosmo! baru-baru ini, mela.por.kan Sajat bakal tersenarai dalam kalangan individu muf.lis di negara ini selepas pemfailan pemiutang dilakukan terhadapnya di Mah.kamah Tinggi di sini

Sumber: K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *