[VIDEO] “Sɑtu je nk ckap..” Que Haidar Menɑri Dgn Ratu Sempena Hari Jdi Raih 1.2 M View – ‘Pɑtut la 1M view’

Puteri kepada pelakon berbakat, Que Haidar hasil perkahwinannya bersama Linda Jasmine yang juga seorang jurulatih tarian bernama Ratu ini sudah pun berusia 12 tahun. Mewarisi kecantikan dari kedua ibubapanya, Ratu turut berbakat dalam tarian sama seperti ibunya. Terbaharu Que Haidar berkongsikan satu video yang memaparkan dirinya bersama Ratu menari di TikTok. Gerak gaya dua beranak ini memang nampak macam penari profesional! Malah sungguh tidak disangka Que Haidar dalam diam miliki bakat menari.
Ratu yang semakin meningkat usianya dan makin cantik sama seperti ibunya, Linda Jasmine turut dipuji rupa paras dimilikinya itu. Berikut adalah perkongsian video Que Haidar dan anak gadisnya buat TikTok ini:
Wow, memang hebat gerak tari dua beranak ini! Manalah tumpahnya kuah jika tidak ke nasi. Apa-apa pun perkongsian rakaman Que Haidar dan anak gadisnya buat TikTok ini telah meraih lebih 1.2 juta tontonan dan 72 ribu likes. Malah di ruangan komen ada yang berpendapat rupa anak Que Haidar ini seiras Selena Gomez. Berikut adalah reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen: “@?:I hampir lupa that her mother was a dancer.” “@HazelnutLatte :Serius mcm Salina Gomez la… You ada beautiful daughter. Nampak gaya ada warisi bakat ibu and harap bakat lakonan pun menyerlah macam bapa dia.” “@AstraZeneca tersakiti:Anak dia menari aku pula terngiang-ngiang suara mak dia menjerit.” “@SyaaRoslan_:Simple. Nasihat keluarga kurang dan betulkan yang salah pada keluarga korang. Untuk family orang cukup doakan yang baik-baik dan cakap yg baik-baik maka yang datang akan baik-baik saja.” “@HuReMoHu_San:cantiknya dia. Please ignore orang yang bagi negative komen tu. let kids be kids. “@Ra_SoLe:that’s a great father-daughter bond. Hope you’ll guide her to be beautiful inside as she is outside.” “@salinasaleem131:Satu je nak cakap… Macam anak patung muka anak Que.” Sekadar info, Que dan Linda berkahwin pada 14 Februari 2019. Pasangan tersebut dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Tengku Ratu Haidar dan Tengku Cleopatra Haidar, 9. Sumber; Gempak, HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published.