Zahiril Adzim P0hon Jasa Baik, Bantu Tampung K0s Perubatan Izuan Fitri, “RM5 Atau RM1, Itu Hanyalah Nilai Di Dunia Tapi Di Sisi Allah…,”

Pelakon, Zahiril Adzim mem0hon kepada semua p1hak untuk sama-sama membantu menghulurkan sumbangan bagi menampung kos rawatan pelakon remaja, Izuan Fitri yang baru sahaja menjalani pembedahan pada bahagian 0tak di H0spital Kuala Lumpur (HKL) pada awal bulan lalu.

Jelas Zahiril, dia berharap agar para pengikutnya di media sosial dapat sedikit sebanyak membantu bagi meringankan beb4n yang harus dit4nggung oleh keluarga Izwan.

“Assalamualaikum wbt semus followers yang kasihi, ini lah adik @iiz1_fi3 yang saya sebutkan dalam live saya semalam.

“Saya nak ajak semua yang baca ini untuk sama – sama bantu perbelanjaan menanggung k0s berkaitan dengan perubatan beliau,” tulisnya.

Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh pelakon filem, Ada Hantu itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram

 

Katanya lagi, seandainya kita memberikan sumbangan walaupun dengan jumlah yanysedikit, namun nilainya tetap besar di sisi Allah SWT.

“Tanamlah dalam fikir dan hati, andai kata nak sumbang sekecil-kecil yang kita mampu RM5 pun jadi lah. RM5 atau RM1 itu hanyalah nilai di dunia sahaja tapi di sisi الله mungkin jauh besar dari itu InshaaAllah dan yang mengh4lang kita daripada k0rban sekec1l nilai itu adalah bisikan sya1tan.

“Kita doakan supaya Allah memberi kes1hatan sepenuhnya kepda adik Izuan Fitri. InshaaAllah,” ujarnya lagi.

Dikesempatan itu juga, bapa kepada seorang anak ini turut memanjatkan doa agar Izwan segera diberikan kesembuhan seperti sedia kala.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa sed1h selain turut menyifat Izwan sebagai seorang pelakon yang berbakat besar.

“Saya suka tengok adik ni berlakon. Memang hebat. Semoga adik cepat sembuh ya.

“Semoga diberikan kesembuhan dan semoga semuanya dipermudahkan.

“Semalam baru tengok dia berlakon. He was a good actor. Semoga cepat sembuh,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.

Terdahulu, Zahiril dan Izwan pernah digandingkan bersama menerusi filem, One Two Jaga.

Menurut laporan Berita Harian, Izwan kini telah dipindahkan ke Institut Perubatan Respiratori (IPR) dan memerlukan penyediaan kelengkapan khas seperti tilam untuk pesakit terl4ntar, lamp1n pakai buang, susu dan ubat-ubatan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Instagram Zahiril Adzim & MH

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *