“Zizi Jgn bυat2 lupa..” Rafiena Kecεwa Terhadap Zizi & Dia Minta Ssυatu Dgn Zizi Kirana

“Dia jangan buat-buat lupa. Masa mula-mula bertudung dia beritahu pihak produksi dia bersetuju untuk buka tudung di set penggambaran. Kalau ada yang bertanya dia akan beritahu babak berkenaan dilakukan sebelum dia bertudung. “Kemudian dia berubah hati dan mahu fikir cara lain. Dia biarkan saya macam tunggul apabila ter.pak.sa menunggunya berminggu-minggu untuk tahu keputusan rasmi daripadanya.” Itu kata penerbit dan pengarah drama Jamu Nesan, Datuk Rafiena yang ke.sal dengan tin.dakan pelakon, Zizi Kirana yang seolah-olah tidak mahu bertanggungjawab terhadap kerja yang diamanahkan dan tidak perlu mencari salahnya. Rafiena berkata, selepas pelbagai usaha dan cadangan diberikan, Zizi seperti melengah-lengahkan tanggungjawab yang diberikan sedangkan masalah itu boleh diselesaikan dengan cepat. “Sebelum dia kahwin lagi kita sudah ajak dia berbincang dan selesaikan masalah ini. Saya sangat hormati keputusannya untuk bertudung tetapi selepas perbincangan demi perbincangan, dia seakan-akan cuba melengahkan penggambaran Jamu Nesan. “Dia dan pengurusnya jangan lupa yang mereka bersetuju untuk mengikut segala jadual yang ditetapkan oleh pihak produksi. Malah, ketika kerajaan membenarkan aktiviti penggambaran dibuka semula, pihaknya ada mengambil tawaran lain tanpa maklumkan kepada saya sehingga menjejaskan jadual pelakon lain. Dia langsung tidak kasihankan pelakon-pelakon lain yang menunggu jawapan daripadanya,” katanya. Rafiena berkata, selepas memaklumkan tak boleh memakai rambut palsu, Zizi meminta masa untuk bertemu dengan Mufti Wilayah Persekutuan bagi meminta pandangan. Menurutnya, ia boleh dilakukan dengan menghubungi pihak berkenaan saja, tetapi Zizi memilih untuk membuat temujanji di pejabat. “Bagi saya, isu ini mudah saja. Cakap sajalah tidak mahu buat atau berkeras mahu lakukan tetapi syaratnya dengan memakai tudung dari awal-awal lagi. Ini tidak, asyik dengan alasan dan mahu minta pandangan luar,” katanya. Menurut Rafiena, sebagai anak seni dia perlu sedar yang pekerjaan ini menuntut kerja berpasukan dan apa yang dilakukan menyu.sahkan semua pihak. “Selama ini saya tiada masalah dengan Zizi. Dia seorang yang baik dan cuba menjayakan watak sebaik mungkin, tapi isu berlaku apabila dia memakai tudung dan enggan melakonkan watak yang sedia ada dirinya tidak bertudung. “Tinda.kan Zizi yang saya kira sengaja melengah-lengahkan masa untuk berbincang sudah menyusahkan pasukan produksi dan barisan pelakon yang terikat dengan beberapa penggambaran lain. Disebabkan itu saya gugur.kan namanya dan gantikan dengan Didie Astillah. “Saya tidak mahu mendengar alasan, sebaliknya saya nak tahu pendirian yang teguh. Jika dia tidak berminat untuk membawakan watak itu selepas bertudung, cakap saja. Janganlah selepas saya bagi pendapat untuk memakai rambut palsu dia minta masa untuk berbincang sedangkan perkara ini boleh diselesaikan dalam tempoh kurang sehari serta beri apa cadangan terbaik,” katanya. Rafiena turut men.dak.wa yang Zizi pernah merayu kepadanya supaya tidak meng.heret perkara ini ke muka pen.ga.dilan. “Dia mera.yu supaya saya tidak teruskan sa.man. Memang pada awal perbincangan saya tidak bersetuju dengan keputusan dia memakai tudung untuk bawakan watak ketua mafia. Jadi, saya cakap dia perlu tanggung segala kerugian yang dianggarkan ratusan ribu Ringgit atau saya akan teruskan dengan sa.man. “Namun, saya masih berlembut hati kerana dia beritahu dia tiada wang sebanyak itu. Saya pun fikirlah apa lagi cara untuk saya teruskan penggambaran ini. Kalau ikutkan pihak stesen TV, mereka minta saya gugurkan namanya tapi saya cuba ajak dia berbincang. “Orang luar juga perlu faham yang saya tidak boleh sesuka hati tukar jalan cerita yang sudah dipersetujui stesen TV. Siapa nak tanggung keru.gian? Setiap perubahan jalan cerita perlu minta kebenaran dan kelulusan terlebih dulu,” katanya. Rafiena berkata, dia meminta Zizi tidak pusing cerita kerana semua kru produksi dan pelakon tahu cerita sebenar. “Mereka sanggup kor.bankan masa sehingga ada yang sanggup to.lak tawaran lain semata-mata untuk ikut jadual Zizi kerana mahu penggambaran ini dijayakan. Mereka tahu hargai tanggungjawab yang perlu dilunaskan,” katanya. Harian Metro semalam mela.por.kan Zizi menafikan dak.waan Rafiena mengatakan dirinya banyak ke.re.nah bagi meneruskan penggambaran drama berkenaan. Zizi berkata, dia tegas dengan pendirian tidak akan membuka tudung atau memakai rambut palsu semata-mata bagi melakonkan watak ketua ma.fia itu. “Saya tidak pernah cakap tak nak berlakon atau teruskan penggambaran. Dari awal saya cakap nak buat sebab suka dengan watak dan cerita ini. Cuma perlu kena dengan penampilan saya yang sudah bertudung. Saya setuju ambil tawaran ini pun sebab ia dijangka habis sebelum Ramadan,” katanya. Terdahulu dalam satu lapo.ran media, Rafiena men.dak.wa Zizi banyak kere.nah bagi meneruskan penggambaran drama arahannya berjudul Jamu Nesan. Susulan itu, Zizi didakwa melanggar kontrak dan digugurkan daripada meneruskan watak Madam Zoora dan digantikan dengan Didi Astillah. Sumber: HM

Leave a Reply

Your email address will not be published.